Sunday, May 6, 2012

Tergamak kurung, seksa suami

by Mastura Ismail. Posted on May 6, 2012, Sunday
Undi diselamatkan selepas lebih setahun sakit, menderita di tangan isteri sendiri
LEMAH: Undi (terlantar) ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk dan ahli keluarganya.

LIMBANG: Seorang isteri bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila dipercayai  tergamak mengurung, mendera dan menyeksa suaminya yang terlantar sakit sejak lebih setahun lalu di sebuah rumah di Kampung Tanggung Unggar, di sini.

Perbuatan itu terbongkar Khamis lepas selepas orang kampung dan ahli keluarga terdekat mangsa tidak tahan lagi menyaksikan penderitaan yang dihadapi mangsa.

Orang kampung dan ahli  keluarga mangsa bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang pada malam Rabu lepas.

Operasi menyelamat mangsa dijalankan oleh lima kakitangan JKM serta beberapa anggota polis di rumah terbabit pa-da keesokan harinya (Jumaat).

Sekitar jam 4.30 petang, mangsa yang hanya dikenali sebagai Undi, 64, berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut.

Tindakan pantas JKM dan polis itu turut mendedahkan perbuatan zalim si isteri yang memperlakukan suaminya sendiri seperti binatang.

Menurut sumber, perbuatan mengurung suaminya dilakukan si isteri yang berusia dalam lingkungan 40-an bersama seorang anak lelakinya yang ber-umur 15 tahun.

Katanya, mangsa bukan sahaja diherdik dan diberi maka-nan basi dan bersemut, malah menjadi mangsa sepak terajang dan maki hamun.

“Lebih memeritkan mangsa juga mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan selain kesan dipercayai dijerut dengan wayar di bahagian leher,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Limbang Pemangku Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika menghubungi Utusan Borneo kelmarin me-ngesahkan kejadian itu.

Menurut Bukhori lagi, beliau menerima maklumat dan khidmat pesanan ringkas (SMS)  daripada orang awam mengenai kejadian itu.

“Kita ada menerima bebe-rapa maklumat dan SMS daripada orang awam meminta kita melepaskan mangsa yang dikurung di kawasan kampung tersebut.

“Pada mulanya kita me-nyangka mangsa adalah anak kecil, tetapi sebaliknya me-nyaksikan seorang lelaki menjadi mangsa dera isteri sendiri sehingga tergamak mengurungnya dalam sebuah rumah,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mohd Bukhori berkata lagi, kes tersebut sudah diserahkan kepada JKM Bahagian Limbang untuk tindakan lanjut.

Penolong Pengarah JKM Bahagian Limbang, Aziah Saruji ketika ditemui Utusan Borneo semalam turut mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya bersama beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian Khamis lepas yang mengambil masa hampir sejam perjalanan termasuk menggunakan perahu untuk ke seberang sungai. Aziah menambah, pihak polis terpaksa memecahkan pintu rumah mangsa kerana ia di-kunci dari luar.

“Ketika tiba di tempat kejadian, isteri dan anak mangsa tiada di rumah dan mangsa di-tinggalkan seorang diri dalam keadaan yang menyayat hati,” katanya lagi.

Menurutnya, hasil maklumat daripada ahli keluarga, mangsa dikurung sejak lebih setahun lalu dan tidak diberi makanan yang sempurna.

Selain itu, katanya, terdapat juga kesan lebam dan kecederaan lama di beberapa badan mangsa dipercayai didera oleh isteri dan anaknya.

“Kita berterima kasih ke-pada penduduk kampung yang bertindak pantas menghubu-ngi pihak kita dan polis untuk menyelamatkan mangsa daripada terus diseksa isterinya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Aziah berkata penduduk kampung mula mengesyaki mangsa dikurung di rumah tersebut selepas men-dengar jeritan dan herdikan si isteri ke atas mangsa.

“Bunyi herdikan itu didengari ketika penduduk sedang berkebun berhampiran rumah tersebut. Mereka dan ahli ke-luarga mangsa yang berasa curiga segera menghubungi pihak kita dan pihak polis agar lelaki malang itu dibebaskan dari-pada cengkaman isterinya.

“Laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian tersebut dan mangsa yang kini masih dirawat di hospital akan diserahkan kepada ahli keluarganya untuk penjagaan,” katanya.

Aziah menjelaskan, mangsa merupakan penerima ban-tuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan, selain mene-rima bantuan menerusi Program Perumahan Rakyat  Termiskin (PPRT).

Source: http://www.theborneopost.com/2012/05/06/tergamak-kurung-seksa-suami/

p/s: Aduss.. tergamak sungguh isteri dia ni. Si isteri mungkin sudah hilang minat atau hilangnya kasih sayang terhadap si suami mungkin begitulah sehingga terjadinya kes seska suami ini. Mungkin juga tidak larat sudah mo dijaga, mungkin malu kali dia ni. Mungkin faktor usia juga menyebabkan kes ni berlaku, si isteri dalam lingkungan 40-an muda lagi bah..kunun la boleh lagi mansau-mansau orang bilang. Harap ada lah jalan, teguran mahupun hukuman yang setimpal diberikan kepada si isteri ini.

No comments:

Post a Comment