Showing posts with label Pesta Kaamatan. Show all posts
Showing posts with label Pesta Kaamatan. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Pesta Kaamatan Kukuhkan Lagi Perpaduan Antara Rakyat

TELUPID (Sabah), 19 Mei -- Sambutan Pesta Kaamatan oleh kaum Kadazan, Dusun dan Murut di negeri ini memainkan peranan penting dalam mengukuhkan lagi perpaduan rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ini kerana perayaan tersebut bukan hanya disambut oleh tiga kaum itu, malah turut disertai kaum lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya ini selari dengan konsep 1Malaysia dengan rakyat di negara ini sama-sama menyambut setiap perayaan yang dirai oleh mana-mana kaum.

"Ia menjadi keunikan di negara dengan setiap perayaan disambut bersama oleh semua rakyat dalam suasana hormani yang wujud daripada semangat perpaduan yang kukuh," katanya ketika melancarkan sambutan perayaan Pesta Kaamatan peringkat daeran Beluran di sini malam tadi.

Pairin, yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Sabah, berkata menyedari sumbangan perayaan pesta Kaamatan kepada perpaduan antara rakyat, kerajaan mengiktiraf sambutan perayaan itu termasuk memberi cuti umum pada 30 dan 31 Mei di negeri ini.

Sambutan perayaan Kaamatan peringkat negeri dilancarkan pada 1 Mei lepas oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kuala Penyu dan acara kemuncak sambutan peringkat negeri pada 30 dan 31 Mei di Dewan Kebudayaan Hongkod Koisaan (KDCA) di Penampang.

Pesta Kaamatan atau dalam bahasa Kadazan 'Magavau' merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati 'Bambazon' iaitu semangat padi dan diadakan selepas selesai menuai padi.

-- BERNAMA

p/s: Keehuii.. Aramaitiee .. kehangatan pesta kaamatan semakin dekat. Start sudah rancak sambutan di setiap mukim-mukim daerah di Sabah.

Wednesday, May 25, 2011

Finalis Peserta Unduk Ngadau 2011

Kepada sesiapa yang mahu tengok gambar-gambar jelitawan Unduk Ngadau 2011 bulihla join ini group di facebook http://www.facebook.com/?ref=home#!/home.php?sk=group_55471479630&ap=1 . Bagi mereka yang mo tengok gambar Unduk Ngadau dari tahun 1960 time tu bulum lagi men makeup-makeup original punya face orang bilang dan sampai 2010 bulih la tengok di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.472976328666.252136.662543666. Bah ndak lama lagi ni pesta Kaamatan, bagi mereka yang menyambut pesta ini, sambutlah dengan penuh kemeriahan. Aramaaii tiee..

Tuesday, May 24, 2011

Unduk Ngadau 2011

31 Mei pada setiap tahun sudah sinonim dengan sambutan Pesta Kaamatan/Menuai di Sabah. Tarikan utama dalam pesta ini adalah pertandingan Unduk Ngadau atau dalam bahasa Melayunya Ratu Cantik. Pemilihan peserta Unduk Ngadau akan dipilih di setiap daerah di Sabah melalui pertandingan ratu cantik di peringkat daerah. Selepas itu setiap wakil-wakil dari daerah masing-masing akan berentap pada kemuncak 31 Mei pesta Kaamatan. Mereka akan dinilai dari segi kecantikkan,penampilan dan kebijaksanaan.

p.s: Saya ada dapat mesej dari DiGi dia bilang "Undian Ratu Cantik Unduk Ngadau KDCA 2011 bermula pada 25 Mei - 31 Mei jam 4.30 petang. Untuk senarai peserta, sila rujuk iklan di New Sabah Times pada 25 Mei 2011.  Nah apalagi beli lah kamu orang suratkhabar New Sabah Times 25 Mei ini, buli tengok para peserta-peserta unduk ngadau, bsuk tu bah capat-capat kamu pg beli nanti kehabisan stok.