PETALING JAYA 11 Mei - Mahkamah Majistret di sini hari ini sekali
lagi diberitahu bahawa sampel air kencing pelakon komedi, Saiful Apek
disahkan mengandungi kanabis.
Pegawai Sains Jabatan Patologi Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR)
Klang, Rozita Abdullah, 41, berkata, ia berdasarkan bacaan ujian yang
melebihi takat pengesanan untuk dadah jenis kanabis.
Selain Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed
Yusof, 43, tiga lagi rakannya iaitu Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah
Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29, turut
dibicarakan atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan mereka.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan
Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1,
Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun
2010.
Sumber: Utusan
p/s: OMG, tia tau lah apa nak dikata. Dah terbukti dengan ujian air kencing. Kepada Saiful Apek good luck.
No comments:
Post a Comment