Ini merupakan sedikit ulasan dari kejadian Bersih 3.0 yang berlansung pada 28 April yang lalu. Dalam banyak portal dan berita yang tersebar para peserta Bersih 3.0 dan Polis Diraja Malaysia saling menuding jari siapa yang bersalah dan memulakan provokasi sehingga berlakunya rusuhan yang menyebabkan kejadian yang tidak dingini berlaku. Bersih 3.0 menuntut untuk 8 tuntutan reformasi pilihanraya yang bersih dan adil.
Mengikut maklumat dari PDRM, peserta telah merusuh penghadang laluan menuju ke dataran merdeka pada ketika itu dan dengan rempuhan itu polis telah bertindak untuk menghalang para peserta. Bersih pula mengatakan polis telah melepaskan gas pemedih mata dan sejurus selepas itu berlakunya rusuhan. Beberapa laporan polis telah dibuat melibatkan peserta dan pihak PDRM selepas kejadian rusuhan. Kes polis mencederakan peserta lebih banyak dilaporkan. Kejadian rusuhan memuncak ketika para peserta bertindak menterbalikkan kereta polis. Menurut peserta, kereta polis terbabit telah merempuh para peserta dan disebabkan itu para peserta bertindak untuk terbalikkan kereta itu.
Secara kesimpulannya Bersih 3.0 yang berlansung di KL bermula dengan aman dan tampak berjalan lancar tetapi pada pengakhirannya menjadi satu kejadian rusuhan yang teruk dan memalukan. Implikasi terhadap kejadian tersebut telah membuatkan banyak pihak menuding jari sesama sendiri dan ianya dijangka akan berlarutan sehinggalah pilihanraya yang akan datang.
Pada tarikh yang sama, di negeri Sabah juga tidak terkecuali dalam menganjur Bersih 3.0. Bagaimana pula keadaan Bersih 3.0 di Sabah, ternyata ianya berlansung secara aman dan teratur. Para peserta telah berjaya menjalankan program tersebut tanpa berlakunya kejadian yang tidak diingini. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur Bersih 3.0 yang dikendalikan di bawah naungan Andrew Ambrose atau di Sabah lebih dikenali sebagai Atama penyanyi Hip Hop orang tempatan.
No comments:
Post a Comment