KENINGAU: Seramai lebih kurang 500 murid
dan 45 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sook kira-kira 30 kilometer dari
sini terpaksa bertarung dengan hawa yang panas akibat ketiadaan bekalan
elektrik di bangunan baru sekolah itu.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dn Guru (PIBG) sekolah itu Rusinin
Rasiman berkata, bangunan baru sekolah itu telah digunakan awal tahun
ini dengan harapan ia memberi keselesaan kepada murid-murid dan
guru-guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi katanya, setelah empat bulan berlalu bekalan elektrik belum
dapat disambung di sekolah itu menyebabkan murid-murid dan guru-guru
menghadapi keadaan yang kurang selesa kerana terpaksa bertarung dengan
hawa yang panas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam
kelas.
“Ini kerana semua kelengkapan seperti kipas dan penghawa dingin
tidak berfungsi akibat ketiadaan tenaga elektrik walaupun pendawaian
dalam banguan sudah lengkap,” katanya semasa membuat kepada New Sabah
Times di sini kelmarin.
Katanya, murid-murid dan guru-guru terpaksa keluar dan mengambil
masa sekurang-kurang 15 minit untuk mendapat udara yang nyaman untuk
satu subjek.
Rusinin memberitahu, kadang kala ada murid yang pengsan ketika perhimpunan di dalam dewan akibat kipas tidak berfungsi.
Keadaan ini katanya, membantutkan sasaran sekolah untuk melahirkan
sekurang-kurangnya lima orang murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
Menurut Rusinin, pihak sekolah dan PIBG
telah mengemukakan masalah itu kepada pihak yang berkenaan terutama
Sabah Electricity (SESB) tetapi sehingga kini ia belum dapat diatasi.
“Alasan yang diberikan begitu ringkas iaitu ‘transfomer’ rosak
tetapi sampai bila alasan itu berakhir. Kami mahu bila ia boleh
diperbaiki” tegas Rusinin.
Tambah Rusinin, selain bangunan sekolah, kantin sekolah itu juga turut tidak mendapat tenaga elektrik pada masa ini.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa memilih media cetak sebagai jalan
terakhir untuk mengemukakan masalah itu setelah beberapa kali
mengajukannya kepada pihak-pihak yang berkenaan.
sumber: New Sabah Times
p/s: Sia ulang lagi lah. Dari dulu sampai sekarang begitu-gitu juga masalah letrik di Sabah ni. Bukan lagi sejak kebelakangan ni tapi dari duluuuuu.... lagi masalah ni ndak pandai di atasi bukan makin berkurangan tapi makin bertambah ada lah.
No comments:
Post a Comment