Monday, May 9, 2011

Sabah (2) vs Pahang (0) perlawanan pada 9 Mei 2011

Sabah sekali lagi menunjukkan kecemerlangan dalam permainan bola sepak Liga Super Malaysia dengan kemenangan ke atas pasukan Pahang dengan gol 2 berbalas 0 bertempat di Stadium Likas. Gol pertama dijaringkan oleh Sharul Azhar dan gol kedua dijaringkan oleh Zainizam Marjan yang telah menambah koleksi gol di mana dia juga merupakan penjaring gol ketika Sabah mengalahkan Negeri Sembilan  pada 6 Mei yang lalu dengan jaringan yang sama iaitu 2-0.

Sabah ketika ini menduduki tempat ke-12, satu mata di belakang Pahang selepas kemenangan ini. Untuk melihat statistik kemenangan dan kedudukan Sabah dalam Liga Super Malaysia klik link ini http://www.soccerway.com/national/malaysia/super-league/2011/regular-season/. Syabas dan tahniah kepada team Sabah dan Jurulatih Sabah yang baru ditukar tak lain dan tak bukan iaitu Coach Justin Ganai.

No comments:

Post a Comment