Sunday, May 1, 2011

Konsert ke-4 AF 9, banyak peningkatan

Buat pertama kali, rata-rata komen dari pengkritik pada konsert kali ini memberi pujian kepada para pelajar AF. Tidak dinafikan mimang ada peningkatan dari segi vokal dan persembahan pelajar. Antara pelajar yang mendapat pujian tahap kambang hidung adalah Azri dan Fina.

Azri dengan lagu  Sampai Syurga dari Faizal Tahir membuat persembahan yang powerful dengan vokal yang mantap. Tetapi Hattan cakap masih nampak bayangan Faizal Tahir. Fina pelajar baru yang diserap masuk dan pelajar terakhir yang membuat persembahan membawa lagu All By Myself menyayikan lagu tersebut dengan baik dan mendapat pujian yang teramat sangat sehingga Hattan mengatakan sudah ditemui bakal Juara AF9. Oggy pula selepas memberi pujian dan kata dua berdiri memberi mengucapkan terima kasih kepada Fina di atas penyampaian lagu yang berjaya menusuk kalbunya.

Lena pula kali ni mendapat pujian yang kurang memberangsangkan dan ini dapat dilihat semasa dia menyanyikan lagu It Must Have Been Love yang dipersembahkan secara sambil lewa dan ekspresi kurang dan feeling lagu tersebut tidak sampai kepada pengkritik-pengkritik begitu juga penonton.

Nera pula mendapat pujian yang memberangsangkan tetapi adakalanya hilang fokus dalam persembahan disebabkan dia terlebih fokus dengan persembahan di atas pentas. Masih nampak ada sedikit takut untuk membuat persembahan.

Di akhir rancangan Aznil telah membuat kejutan memanggil nama Hazama sebagai pelajar AF untuk membawa bagasi pelajar yang terkeluar. Tetapi tuah Hazama masih ada pelajar yang terkeluar bukan la dia tetapi Raqib. 

No comments:

Post a Comment