Nah.. mana satu pilihan anda, dua-dua pun program realiti. Kalau AF punya tenaga pengajar yang banyak dan dikongsikan bersama dengan semua pelajar manakala Mentor pula setiap peserta mempunyai mentor masing-masing yang akan membantu mereka dalam membuat persembahan.
Cara undian pun berbeza kalau AF semua undian adalah 100% ditangan penonton manakala Mentor pula 50% dari juri profesional, 30% dari dari penonton dan 20% lagi dari juri awam di studio yang merupakan golongan semi profesional, yang mana mereka terdiri daripada pelajar jurusan muzik, wartawan dan penerbit rancangan hiburan televisyen. Kalau dilihat dari sistem pengundian, Mentor punya sistem undian yang lebih profesional dan adil.
Ramai orang berpendapat berbaloi lagi tengok Mentor 5 dari AF9. Ini kerana persembahan yang ditunjukkan para peserta-peserta mentor adalah yang terbaik dari mereka dan dikuatkan lagi dengan mentor masing-masing. Pemilihan Mentor pun bukan alang-alang sebab mereka dipilih dari mentor mereka sendiri.
Saya pun tengok juga program Mentor ini dan saya lihat mimang persembahan mereka mantaps.. dikala konsert AF9 baru mula menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan mentor pula sejak awal-awal lagi sudah menunjukkan profesionalisme dalam setiap minggu persembahan mereka. Vokal dan persembahan mereka mimang jauh lebih baik sudah dari para pelajar AF9 itu sendiri.
Ikut pandangan masing-masing la, sendiri tengok sendiri pikir hehe, tidak salah kalau tengok dua-dua pun becoz lain hari dan masa tayangan. Kalau mentor ada juga wakil dari Sabah si Salma, suara dia, fuh siok oo mo dengar.
No comments:
Post a Comment