Monday, May 9, 2011

Akademi Fantasia 9 Konsert Minggu ke-5

Konsert kali ini baru menunjukkan taring sebenar para pelajar AF9, adeh kenapa baru sekarang mo kasi tunjuk taring, cuba la tunjuk awal-awal  baru la up skit rating AF9, ini tidak mau ada system pengguguran, kena kritik dengan kritikan yang kaw2 baru nak tunjuk persembahan yang ada class punya.  Apapun oleh mungkin para pelajar baru dapat menyesuaikan diri, mungkin setelah diberi motivasi, didikan yang sempurna dari tenaga pengajar baru la diorang bangkit dari tidur mereka.

Secara keseluruhannya para pelajar telah mempersembahkan sesuatu yang banggakan oleh mereka dan para tenaga pengajar. Peningkatan dari segi vokal dan persembahan lebih ketara dan pelajar dapat menyelami lagu masing-masing dengan lebih baik. Bermula dengan persembahan mantap dan bertenaga dari Erul telah membuka mata dan telinga para penonton di mana Oggy berasa sangat gembira dan kagum dengan persembahan dari Erul. Begitulah seterusnya para pelajar-pelajar yang lain telah membawa tugasan lagu masing-masing dengan baik.
Pelajar-pelajar lelaki mendapat pujian yang tidak kurang hebatnya terutamanya Azri yang mempunyai vocal suara yang power dan merupakan favorite pelajar final salah seorang dari pengkritik.

Fina mendapat pujian memberangsangkan dari pengkritik terutamanya Hattan dan memberitahu Fina jangan khuatir pasal kedudukan terbawah di AF sebabnya Fina punya martabat yang tinggi sekiranya dia terkeluar dengan undian sms.Nera sekali lagi membuat improvement yang baik dari segi vocal dan persembahan manakala Lena secara bersahaja membawa lagu dari Rossa – Ku Menunggu.

Rata-ratanya para pengkritik pada malam konsert AF9 ke-5 mahu lagu-lagu yang mencabar untuk kesemua pelajar kerana sesetangah pelajar mendapat lagu yang orang bilang miming makanan dia la. Senang saja untuk dibawa dan lansung tidak mencabar vocal mereka.

Di akhir rancangan reality ini seperti biasa, sudah menjadi  rutin Aznil akan memanggil salah seorang pelajar yang akan tersingkir. Dan pelajar yang kurang bernasib baik adalah pelajar yang bernama Afif, yang mendapat undian paling rendah pada malam tersebut.

Lagu-lagu tugasan pelajar AF9 untuk konsert ke-5

1. Erul - Dance Little Sister (Terence Tren D'Arby)
2. Afif - Malam (Search)
3. Hazama - Noktah Cinta (Hafiz)
4. Kay - Pulanglah (Awi Rafael)
5. Fina - Segalanya Pasti (Aida Agil)
6. Nera - Gelora Jiwa (Yuna)
7. Azri - Sungai Lui (Aizat)
8. Lena - Ku Menunggu (Rossa)

No comments:

Post a Comment