Wednesday, May 18, 2011

“KALAU NAK PERANG SALIB BOLEH”

Oleh : AIDILA RAZAK

PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di Negara ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi, Ibrahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam.”

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim. Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya. 

Tetapi Ibrahim silap kerana Kristian Bumiputera merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia, manakala Mexico mempunyai penganut Kristian yang paling ramai.


p.s: Adeii.. kenapa lagi mesti ada kenyataan seperti begini. Isu seperti begini bukankah akan menaikkan lagi amarah orang-orang Kristian di Malaysia. Penduduk Krisitan di Malaysia bukannya bodoh mahu mengkristiankan Malaysia. Kita akui Islam adalah negara rasmi di Malaysia dan kalau ikut prosedur menjadikan seorang Kristian sebagai Perdana Menteri perlu mempunyai 2/3 persetujuan dari parlimen. Majoriti kerusi Parlimen ada diduduki oleh orang Islam. Mana mungkin isu ini akan menjadi kenyataan. Statement macam gini akan membuatkan penduduk Kristian di Malaysia hidup dalam ketakutan. dan mungkin akan menabur benih kebencian dalam diri mereka.  Seperti yang dinyatakan oleh wartawan Malaysiakini, Kristian Bumiputera merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia yakni Bumiputera dari Borneo.

No comments:

Post a Comment