Sunday, May 22, 2011

JADE Sister menceriakan lagi Industri Muzik di Sabah

Semakin hari semakin berkembang maju industri muzik di Sabah ni.  Kalau nak kira berapa sudah group atau band di Sabah mimang banyak. So dikala dalam kebosanan, saya pun pigi youtube la mencari lagu-lagu orang Sabah. Dan secara kebetulan terjumpa ini satu group. Saya mo bercerita pasal ni kumpulan JADE Sister mungkin ada yang pernah dengar. Dengar punya dengar lagu cover yang diorang nyanyi, sedap juga didengar.. bukan dimakan ya.  



Sedikit informasi untuk group ini. Hasil perkongsian rumahtanngga antara En. Rejoss Moo dan Puan. Joanna Sinteh dari Tamparuli maka lahirlah 4 orang anak perempuan mereka yang mempunyai bakat dalam bidang seni. Memperkenalkan group JADE singkatan daripada nama diorang. J untuk Joan, A untuk Amy, D untuk Didi, E untuk Erika.



Baru-baru ini ini mereka telah melancarkan single hit mereka dimuatkan dengan 2 buah lagu iaitu Janji dan Jadi Unduk Ngadau. Berminat dengan lagu-lagu mereka, nah belilah single hit mereka.  Harga RM6 saja boh. Untuk tempahan anda boleh email mereka di thejadesisters@gmail.com.  Sukung lah produk-produk dan industri muzik tempatan.

No comments:

Post a Comment