Sidang media kali ini diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan barisan anggota atau ahli-ahli yang mengangggotai kumpulan yang diberi nama 2 AM ini. Ini merupakan kunjungan kali kedua buat kumpulan yang bernaung di bawah label gergasi di Korea, JYP Entertainment. Penampilan empat jejaka yang cukup segak ini mampu membuatkan peminat fanatik mereka tidak senang duduk, walau hanya dapat melihat dari jauh. Nyata kemunculan 2 AM di Malaysia sejak dua hari yang lalu telah diekori oleh kelab peminat mereka yang sanggup menunggu sejak dari ketibaan mereka di lapangan terbang lagi. Begitulah penangan yang telah ditinggalkan di dalam hati peminat-peminat 2 AM. Hebat bukan?
Kumpulan yang terdiri dari empat orang jejaka dari Korea Selatan ini dianggotai oleh Jin Woon, Jo Kwon, Seu Long dan Chang Min. Kumpulan 2 AM ini merupakan pecahan dari kumpulan One Day, dengan jumlah ahli seramai 11 orang. Kumpulan One Day ini kemudiannya dipecahkan kepada dua sub-kumpulan yang kini telah dikenali dengan nama 2 AM dan 2 PM. Dengan membawakan imej muzik yang berbeza, kumpulan yang kini dianggotai oleh empat orang anak muda ini membawakan lagu-lagu balada yang meruntun jiwa.
Kumpulan yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 ini mulai popular dengan lagu This Song yang membawa mereka menerjah masuk ke dunia muzik Korea. Tempias populariti mereka yang terbias luas ini sampai jua ke Malaysia. Kali ini, sebuah showcase yang akan membawa pengalaman muzik k-pop 2 AM ke mata peminat-peminat tegar merupakan perkara yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2011 ini. Pastinya calendar mereka telah ditanda dan dipangkah awal-awal lagi untuk menyaksikan persembahan yang akan dimulakan pada jam 6 petang itu.
Majlis yang berlangsung bermula pada lewat petang itu membawa masuk keempat-emapt orang ahli kumpulan 2 AM yang akan membuat persembahan di Wisma MCA pada hari Sabtu, 21 Mei akan datang. Keberadaan mereka untuk kali yang kedua di Malaysia ini telah membuatkan mereka mulai jatuh hati dan mula mengenali peminat-peminat fanatik mereka. Penggemar K-Pop semakin ramai di Malaysia, maka dengan sebab itu jugalah, sayrikat telekomunikasi terkemuka Negara, DiGi telah membawa masuk artis yang terkenal dengan lagu-lagu balada ini.
Majlis sidang media ini berjalan dengan lancar dan kumpulan 2 AM juga berkesempatan untuk menceritakan pengalaman mereka sepanjang berada di Malaysia dengan bantuan penterjemah yang dibawakan khas bersama. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ketua CRM DiGi, Encik Francis Chang yang kemudiannya diikuti pula oleh ucapan dari Pengurus Am Universal Music Malaysia, Encik Loan Cheng pula menyampaikan ucapan alu-aluannya. Kemudian, barulah 2 AM dibawa masuk dan mula diperkenalkan kepada pihak media yang hadir bagi sama-sama menyokong dalam menghebahkan berita ini.
Di dalam sesi perkenalan dan juga sesi temuramah ini juga, salah seorang dari ahli kumpulan 2 AM, sempat memberitahu yang mereka kini sudah mula menyukai makanan Malaysia yang baru mereka jamah semalam, iaitu roti canai. Mereka bukan sahaja diberi peluang untuk memakan makanan harian masyarakat Malaysia, malah mereka juga turut diberikan peluang untuk menebar sendiri roti canai. Nyata cebisan memori manis ini pasti tidak akan mereka lupakan kerana keunikan rakyat Malaysia juga sebenarnya terbentuk melalui budaya pemakan seharian kita. 2 AM juga telah memberikan komen ikhlas, bahawa mereka kini mulai menggemari dan menyukai Negara ini. Atas sebab apa, tidak pula diterjemahkan oleh penterjemah yang dibawa khas untuk mereka yang katanya, kurang berkemahiran untuk berbahasa Inggeris.
Setelah selesai sesi bergambar, 2 AM telah dijemput untuk menyampaikan cenderamata kepada wakil-wakil media rasmi yang ada. Cenderamata terima kasih tersebut disampaikan kepada wakil syarikat telekomunikasi DiGi, wakil MyFM selaku radio rasmi bahasa Cina dan turut diberikan kepada Reza Mohamed selaku wakil ERA fm, radio rasmi bahasa melayu bagi konsert ini.
Khabarnya, 2 AM akan menyampaikan sebanyak lebih dari enam buah lagu di sepanjang berlangsungnya konsert yang akan berlangsung kelak. Dan jika sambutan konsert ini menggalakkan, maka mereka mungkin akan menyampaikan lebih dari enam buah lagu yang akan menggegarkan Wisma MCA, Jalan Ampang pada 21 Mei ini. Semoga kedatangan artis luar ini akan sama-sama membawa manfaat kepada perkembangan industri negara kita.

p.s: Nah, selepas kumpulan Super Junior dari Korea Selatan kini giliran kumpulan 2AM membuat persembahan di Malaysia. Untunglah siapa yang dapat pigi tengok 2AM, yalah bukan selalu bulih tengok artis dari Korea ni. Lebih-lebih lagi populariti K-POP di Malaysia sekarang ni sangat lah tinggi. Ehem saya pun peminat K-POP juga bah. Dari dulu lagi bermula dengan movie-movie dan drama-drama korea nie. Konsep K-POP yang mempunyai variasi dari segi genre lagu membuatkan ia mudah diterima di Malaysia. Dari segi nyanyian dan tarian mereka mimang tiada tandingan. Ini kerana mereka telah lama menjalani latihan dari segala aspek seperti vokal, rentak tarian,mental mahupun fizikal, ada yang sampai lebih dari 2 tahun persiapan sebelum debut kumpulan mereka. Dan kalau dilihat lagu-lagu mereka mimang sedap telinga mendengar terima kasih kepada kreativiti komposer mereka yang bijak mengolah lagu dan lirik. Ditambah dengan Koreografi tarian mereka mempunyai kreativiti dan imaginasi yang tinggi sehingga orang yang melihat tarian mereka pun terasa terhibur dan tidak bosan. Malah tarian mereka menjadi trademark dan ikut-ikutan para peminat-peminat mereka. Begitulah penangan K-POP di Malaysia.
No comments:
Post a Comment