Penampang: Lelaki yang menyimbah asid terhadap gadis berusia 19 tahun
hingga mangsa maut di sini, awal pagi kelmarin, dipercayai membawa bahan
kimia itu dalam kuantiti banyak yang disimpan dalam bekas makanan.
Menurut pekerja restoran yang mahu dikenali sebagai Siddiq, 35,
berkata, sebaik menyimbah asid terhadap mangsa yang ketika itu bersama
dua rakan, lelaki berkenaan melarikan diri ke arah jalan besar.
“Jumlah cecair itu dianggarkan lebih satu liter berdasarkan bekas
plastik ditinggalkannya selain tahap kecederaan mangsa dan rakannya.
“Kejadian berlaku sangat pantas dan saya menyedari kejadian ini apabila
mangsa menjerit selepas disimbah sejenis cecair,” katanya ketika
ditemui, semalam.
Siddiq berkata, pada mulanya mangsa menyangka disimbah air dan hanya mengelap muka dan mengesat bajunya yang basah.
“Tiba-tiba mangsa menjerit menyatakan matanya pedih sebelum mengerang
kesakitan manakala rakannya turut mengalami kepanasan akibat terkena
asid.
“Mangsa rebah dan menggelupur sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.
Katanya, mangsa dan rakannya tidak pernah dilihat mengunjungi restoran berkenaan sebelum ini.
“Simbahan asid itu menyebabkan restoran kami ditutup hari ini (semalam)
bagi dibersihkan kerana ada bau tengik yang menusuk hidung menyebabkan
menyebabkan pelanggan enggan memasuki restoran,” katanya.
Dalam
kejadian jam 5 pagi kelmarin, pekerja kafe siber, Memey Kandusan, 19,
disahkan maut selepas bertarung nyawa lebih enam jam di hospital akibat
disimbah asid oleh individu tidak dikenali.
Mangsa dikejarkan ke
Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) dilaporkan meninggal jam
11.20 pagi akibat parah di dada, bahu, mata dan muka.
Difahamkan,
ketika kejadian, mangsa bersama dua rakan, lelaki dan perempuan mahu
memesan makanan di restoran terbabit apabila seorang lelaki bertopi
datang menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar
Singh berkata, pihaknya masih melakukan siasatan dan menjejaki suspek.
“Polis menahan seorang wanita berusia 25 tahun bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suspekbawacecairlebihsatuliter/MA/Article/index_html
p/s: Apa nak jadi zaman sekarang ni main simbah-simbah asid.
No comments:
Post a Comment