Kota Kinabalu: "Lain kali mama (ibu) jangan nangis lagi, mama tahu saya
kuat kan, ” kata Huguan Isaac, 10, murid Tahun Empat yang pipinya
tertusuk besi penutup parit sepanjang satu meter kepada ibunya, semalam.
Kata-kata itu diungkapkan murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred
Heart di sini, sebaik sedar selepas menjalani pembedahan apabila melihat
ibunya menitiskan air mata, pagi semalam.
Huguan yang masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di
Likas, kelihatan lemah dengan kesan luka di bawah bibir serta pipi
kanannya bengkak, namun masih mampu bercakap.
Ketika ditemui di wad kanak-kanak hospital itu, ibu Huguan, 40-an,
yang enggan namanya disiarkan berkata, sebaik anak bongsu daripada dua
beradik itu terjaga selepas semalaman tidur susulan pembedahan
mengeluarkan besi berkenaan, beliau menangis sebelum berkata kepada
anaknya: “Kau tahu mama menangis sangat teruk.”
Wanita itu berkata, melihat keadaan itu, anaknya memujuk supaya tidak lagi menangis kerana beliau seorang yang kuat.
“Huguan tidak menangis sejak kejadian itu semalam (kelmarin). Sejak
dulu, beliau memang jarang menangis... ibu mana yang tidak sedih melihat
keadaannya, ” katanya.
Difahamkan, Huguan yang menerima 10
jahitan di pipi belum dibenarkan keluar hospital kerana masih dalam
pemantauan rapi oleh doktor.
p/s: Kuat bah budak ni. Respek sama dia.
No comments:
Post a Comment