KUCHING: Seorang gadis mengaku dirogol lelaki yang baharu
dikenalinya sejak seminggu lalu selepas mengalami kesakitan pada alat
sulitnya.
Difahamkan, mangsa yang baharu berusia 15 tahun dan
berasal dari Petra Jaya mengadu perkara tersebut kepada guru kaunseling
di sekolahnya ekoran tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya.
Menurut
sumber, mangsa mengaku telah dirogol oleh seorang lelaki yang hanya
dikenali sebagai Amirzul dipercayai berusia 19 tahun melalui seorang
daripada rakannya.
“Lelaki (suspek) telah mengambil mangsa di rumahnya sekitar jam 4.30 petang Rabu lepas dengan menaiki sebuah motosikal.
“Mangsa
kemudian dibawa oleh lelaki terbabit ke dalam hutan berdekatan dan
memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebelum dihantar
pulang selepas itu,” katanya.
Keluarga mangsa pada mulanya tidak
mengetahui insiden tersebut kerana mangsa takut untuk menceritakannya
sehingga diberitahu oleh guru kaunseling iaitu sehari selepas kejadian.
Mangsa kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai perkara tersebut.
Ketua
Polis daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi
mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan memberitahu
pihaknya masih menjalankan siasatan.
“Mangsa telah dihantar ke
Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan sementara
siasatan polis masih diteruskan,” katanya.
Sumber: http://www.theborneopost.com/2014/04/19/sakit-alat-sulit-gadis-mengaku-dirogol-lelaki/
p/s: Dasar lelaki gila seks.
No comments:
Post a Comment