Tuesday, April 5, 2011

Video Seks Carcosa tersebar di Internet

Isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang menjadi semakin hangat ketika ini di mana video seks tersebut bocor sampai masuk di beberapa laman web yang dimuat naik dalam beberapa account youtube.

Sebahagian daripada klip video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini tersebar di Internet.

Malaysiakini difahamkan beberapa laman web anti pembangkang menyiarkan laporan bahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak tengahari.
NONESemakan Malaysiakini juga mendapati video yang dilabel sebagai “VTS 01 1" itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "thepowercam."
Maklumatnya di Youtube menunjukkan pengguna berkenaan menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.
Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya.
Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"
Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.
Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.


paparan video seks selama 1.47 minit : http://www.papagomo.com/

p.s: Abis la siapa punya kerja ni sampai da video seks ini jadi tontonan umum. Susah juga mo buat perbandingan samada betul atau tidak lelaki yang berada di dalam video ini merupakan pemimpin pembangkang. Kes ini masih lagi dalam siasatan so tidak buli cakap banyak lah. Sendiri tengok sendiri pikir la hohoho.

No comments:

Post a Comment