Sunday, April 24, 2011

Konsert MInggu Ke-3 AF9, ada peningkatan?

Susah juga mo cakap ni, tapi setelah melihat konsert yang ke-3 ada jugala peningkatan. Tapi komen-komen pedas memang kaw2x la, siapa lagi kalau bukan dari Oggy. Tapi sa tengok kekadang komen Oggy macam melebih-lebih kaw2x nya, macam tidak kena pada tempatnya. Okiesla mungkin dia mo yang terbaik untuk AF9 maklumlah AF yang terakhir. Norman dan Hattan tidak kurang juga pedasnya komen diorang tetapi komen mereka agak bernas dan buli diambil iktibar. 

Persembahan pelajar-pelajar turun naik kali ni, ada pelajar yang nanyi okies minggu lepas tapi minggu ni kurengs pula. Dan ada juga pelajar yang bangkit dari konsert-konsert yang lalu dan persembahan amat menyakinkan.Kay, Aida, Amir adalah antara pelajar yang agak kureng sikit persembahan mereka. Dan salah satu pelajar yang bangkit dari konsert yang lalu adalah pelajar yang terakhir membuat persembahan iaitu Nera. Konsert pada minggu-minggu yang lalu dia telah dikritik dengan hebat hohoho.. mimang out la tapi kali ni dia berjaya buktikan yang dia buli pergi lebih jauh lagi dalam industri muzik dan dapat menimba ilmu di AF. Tetapi Oggy masih tidak berpuas hati dengan persembahan dari Nera dan cuba membandingkan persembahan Nera dengan penyanyi asal lagu yang dinyanyikan oleh Nera iaitu dari Frank Sinatra - "Fly Me To The Moon". Norman kata okay saja persembahan Nera. Hattan suka persembahan Nera dan kata dia telah bangkit serta menafikan Oggy yang cuba membandingkan legenda Frank Sinatra dengan Nera.

Seterusnya, pelajar yang tersingkir adalah Miza. 2 pelajar yang berjaya diserap masuk adalah Fina dan Hazama manakala 2 calon pelajar lagi Fir dan Hani tidak terpilih untuk masuk dalam AF9.


No comments:

Post a Comment