Monday, April 18, 2011

Konsert ke-2 Akademi Fantasia 9, ada peningkatan?

Konsert kali kedua ada menampakkan sedikit peningkatan daripada konsert sebelumnya. Tetapi masih banyak lagi yang perlu dibuat oleh pengetua dan para tenaga pengajar. Pelajar yang menunjukkan kelemahan paling ketara dari segi vokal, Nera yang menanyikan lagu Aku,Kau dan Dia sekali lagi menghampakan para juri. 

Ogy menyatakan sorry sebab It's too bad, Fauziah Latif bagi kata-kata nasihat dan perangsang coz part akhir Nera dapat catch-up juga. Hattan bilang, hati-hati dan berharap agar para pengundi mengundi Nera untuk menyelamatkannya.

Pelajar yang lain buli dikatakan okies saja..Dan 2 pelajar yang saya rasa telah membawa lagu dengan baik sekali adalah Erul dan Lena. Siok btul dengar diorang punya suara dengan vokal yang mantap. Dan malang sekali untuk Eka yang merupakan pelajar ke-2 tersingkir pada konsert kali ini.

Konsert ke-2 AF9 juga telah membuat kejutan yang julung kalinya dibuat. Kejutan tersebut adalah sistem pengguguran pelajar AF9 yang diumumkan oleh Aznil sebagai pencarian pelajar terbaik di mana ada pelajar yang akan digugurkan sekiranya pelajar gagal menepati piawaian produksi dan pengkiritik dan akan digantikan dengan 4 calon pelajar baru.


Senarai penuh lagu-lagu tugasan untuk pelajar AF9 pada konsert yang kedua:

1. Miza – Di Pintu Sepi (Search)
2. Kay – Selagi Ada Rindu (Kristal)
3. Nera – Aku Dia dan Kamu (DVA)
4. Amir – Cinta Gila (Dewa)
5. Eka – I’m Sorry Goodbye (Kris Dayanti)
6. Azri – Bila Resah (Anuar Zain)
7. Raqib – Dan Bila Esok (Sofaz)
8. Lena – Kekal (Ziana Zain)
9. Aida – Ilusi (Adira)
10. Afif – One In A Million (NeYo)
11. Erul – Cinta Untuk Nabila (Melissa)

4 calon baru untuk AF9

1.Fir
2.Hani
3.Fina
4.Hazama

Kenapa plak tetiba ada sistem pengguguran pelajar ni? Kenapa, pihak Astro sudah silap memilih para pelajar kah? Di antara pelajar yang tersingkir dan pelajar yang digugurkan, mana satu jalan keluar yang terbaik dari AF9 ? Saya rasa lebih baik dari tersingkir dari digugurkan, bikin malu sajakan kalau kena kasi gugur huhuhu..

No comments:

Post a Comment