Thursday, April 28, 2011

Video seks bahagian kedua di Youtube

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

NONEMalaysiakini difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

Semakan Malaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."
Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam. 

Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.
NONE 
Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.
Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban. 

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.
NONEBeberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.
Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok.

 

Video seks: Siri kedua di YouTube


RAKAMAN bahagian kedua berdurasi satu minit 47 saat yang dimuat naik ke laman sosial YouTube, semalam.

KUALA LUMPUR 27 April - Sebahagian lagi daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.

Rakaman bahagian kedua berdurasi selama satu minit 47 saat itu diberi judul Papa Nurul Izzah Part II dan dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama ‘wakparjosudorno’.

Ia diyakini sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.

Ia dipercayai babak-babak akhir rakaman video asal selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini melihat kepada aksi dua pelakon di dalamnya.
Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang mengemaskan diri dengan memakai baju selepas dipercayai selesai melakukan hubungan seks.

Malah, wajah individu lelaki yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang itu juga dapat dilihat dengan jelas apabila menghampiri kamera sewaktu sedang memakai baju.Rakaman kedua video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton lebih 300 kali.

Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 5 April lalu, memaparkan siri pertama.

Antara laman blog yang turut memuatkan rakaman video seks itu adalah Pisau. Net di http://www.pisau. net/ dan Papa Gomo di http://www. papagomo.com/.

Bagaimanapun, rakaman video itu ditarik balik daripada laman YouTube pada petang ini.
Dalam catatan ringkas bersama video seks itu, blog Papa Gomo mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah beliau.

Blog itu juga mencabar sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut bersumpah laknat bahawa video itu bukan satu rekaan semata-mata.Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Anwar tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk Shazryl Eskay dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.

 
p.s: Lagi video seks bocor ke laman web youtube. Macamana buli bucur lagi ni bilang cuma ada 1 salinan saja dari Datuk Shazryl Eskay. Siasatan pulis pun belum lagi siap-siap adeh. Mo tau juga ni perkembangan semasa pasal video seks ni. Macam-macam la politik Malaysia sekarang ni makin lama makin canggih. Saya pun tia tau macamana mo cakap lagi dan tia mo komen banyak, terlalu banyak kontroversi dan cerita yang merapu.

No comments:

Post a Comment