Wednesday, July 31, 2013

Lantik Ferguson pun tak jadi apa

Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Kalau kalah dengan skuad kebangsaan Jepun 0-5 susah untuk saya terima, inikan pula dengan kelab kedua tercorot mereka.”
Itu nada kekesalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong susulan kekalahan besar skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang kini berada di negara Matahari Terbit itu untuk aksi persahabatan menentang kelab di sana.

Zolkples jelas kecewa dengan nasib menimpa Harimau Malaya yang pernah menjulang Piala AFF pada 2010 selain muncul pemenang pingat emas Sukan SEA.
“Sudah berapa ramai Rajagobal mencuba pemain namun beliau masih menaruh kepercayaan kepada kesebelasan pemain yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita awal pagi semalam.

Selepas Australia, Rajagobal bertandang ke Jepun sebagai lokasi terbaru yang dilapor sebagai persiapan menghadapi perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain pada Oktober ini, kecundang 0-5 kepada Shonan Bellmare, beberapa hari selepas kecundang 0-2 kepada kelab pertengahan Liga Jepun (J-League), Shimizu S Pulse.

Mereka akan meneruskan aksi persahabatan menentang kelab divisyen dua Liga J, Tokyo Verdy hari ini sebelum kembali ke tanah air bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang FC Barcelona pada 10 Ogos ini.

FotoEKSPERIMEN Rajagobal tak buah hasil.

Zolkples ketika ditanya mengenai keperluan menukar jurulatih berkata: “Saya tidak tahu tapi saya percaya dengan pemain seperti ini (yang ada dalam skuad kebangsaan sekarang) kita tidak akan pergi jauh.

“Kalau FAM hendak melantik jurulatih baru, individu itu perlu diberikan kebebasan untuk memilih pemain yang dikehendakinya selain jurulatih berkenaan perlulah berkaliber namun saya tidak yakin akan berlaku banyak perubahan.
“Anda boleh bagi (jurulatih kebangsaan) kepada Jose Mourinho (pengendali Chelsea) dan Sir Alex Ferguson (bekas pengurus Manchester United) sekalipun, berapa banyak yang boleh dilakukan mereka, mungkin ranking hanya naik sedikit hingga kedudukan 140 dunia.

“Pada saya bukan saja aspek jurulatih malah perkara lain seperti program latihan, pendedahan dan sebagainya perlu dinilai semula secara menyeluruh.”


p/s: Ahaks.. bah cuba kasi lantik si Ferguson bah jadi coach Malaysia kita tengok ada perubahan ka tidak. Tapi betul la dari dulu sampai sekarang kalau Datuk K Rajagobal asyik mo buat eksperimen saja sampai bila mo maju ni. Tia tau la apa mo komen lagi ni harap-harap ada la peningkatan selepas perlawanan-perlawanan persahabatan selepas ini.

Tuesday, July 30, 2013

Krisis Kehabisan Minyak di Sabah

Isu kekurangan diesel dan barangan keperluan



Krisis minyak diesel yang menjadi kronik minggu lepas nampaknya sudah semakin reda di Sabah tetapi baru bermula di Sarawak. Barisan panjang menunggu giliran isi minyak oleh kenderaan berat, pengangkutan awam, bas sekolah dan kenderaan pacuan empat roda sudah berkurangan di kebanyakan stesen minyak di sekitar bandar utama di Sabah.

Mungkin krisis diesel akan reda tetapi orang Sabah masih marah kerana ini bukannya pertama kali krisis kekurangan atau kehabisan barangan perlu pernah berlaku.

Sebelum kita membincangkan penyebab utama dan cara - satu cara sahaja - mengatasinya, kita lihat dulu sebab-sebab mengapa orang Sabah masih marah dan "girigitan" dengan kerajaan BN. Pertama, BN telah mungkir janjinya untuk mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Orang Sabah "girigitan" - perkataan Sabah yang bermaksud marah, kecewa, sakit hati tetapi tidak dapat berbuat apa-apa - kerana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berdolak dalik dan menafikan ada kekurangan diesel.

Rakyat Sabah belum dan tidak akan lupa kerana krisis kekurangan barangan keperluan telah berlaku berulang kali, malahan telah menjadi semakin parah sejak kebelakangan ini. Krisis kehabisan simen, besi dan barangan perlu sektor pembinaan yang menyebabkan projek-projek pembinaan di Lembah Kelang tergendala pada 1995-1996.

Kekurangan minyak diesel dan petrol, minyak masak, gula, tepung, daging ayam dan telur dan pelbagai barangan perlu lain juga pernah melanda seluruh negara semasa pentadbiran Pak Lah. Rakyat Sabah boleh menjangka bahawa kekurangan barangan perlu akan melanda lagi menjelang perayaan-perayaan yang akan datang.

Kemarahan orang Sabah telah disuarakan oleh wakil rakyat yang mereka pilih. YB Darrell Leiking berpendapat stesen-stesen minyak di Sabah seringkali habis sebab Sabah mempunyai banyak pacuan empat roda akibat keadaan jalan yang buruk (teruk).

Sementara itu YB Hiew, YB Jimmy Wong dan YB Au menyatakan kebimbangan mereka terhadap dakwaanberleluasanya masalah sindiket pasaran gelap di mana peniaga tamak haloba membeli dan mengumpul minyak diesel bersubsidi untuk dijual semula kepada industri yang tidak jujur.

Jalan raya berlubang

Sementara itu, YB Chin Su Phin mencabar menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan untuk meletakkan (jawatan) sekiranya tidak berupaya menyelesaikan masalah tersebut. Beliau menyatakan rasa kesal kerana kementerian tidak dapat menyelesaikan punca akar umbi krisis diesel yakni penyeludupan ke negara jiran.

Seperti juga YB lain, beliau mempersoalkan mengapa negeri pengeluar petroleum utama mengalami kekurangan diesel. YB Jeffrey pula menegaskan masalah penyeludupan diesel membuktikan bahawa ESSCOM (sebenarnya ESSZONE atau Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah) tidak efektif.

Beliau juga berpendapat bahawa langkah "piece-meal patchwork" seperti pengumuman menambah bekalan 8 juta liter diesel tidak akan menyelesaikan masalah pada masa panjang.

Kalau jalan raya di bandar pun sentiasa berlubang (dan sentiasa ada kontraktor tutup lubang siang hari malam) apatah lagi di luar bandar. Orang miskin dari kampung memang bergantung kepada kenderaan awam (termasuk teksi dan bas sapu) berenjin diesel. Yang berpendapatan tetap pula boleh berhutang bank menyewa beli kenderaan pacuan empat roda.

Hakikatnya adalah sebahagian besar pemilik four wheels sebenarnya adalah orang kaya yang memiliki four wheels untuk simbol status. Memandu kereta besar menambah super-ego jadi pemandu four wheels selalu bermaharaja lela di jalan raya (biasanya mereka biadap suka memotong queue dari kiri).

Mungkin jumlah four wheels dan kenderaan berenjin diesel di Sabah lebih banyak telah meningkatkan permintaan diesel. Tetapi adakah ianya penyebab utama krisis -stesen minyak kehabisan diesel (dua kali kronik dalam bulan Julai)? Mungkin tidak. Kenapa krisis diesel sentiasa berulang menjelang musim-musim perayaan?

Bagaimana dengan masa bukan perayaan dan selepas bekalan diesel tambahan sampai ke stesen-stesen minyak, ke mana perginya kesemua kenderaan berenjin diesel tersebut? Kalau dakwaan itu benar, kenapa kita tidak kehabisan diesel sepanjang tahun walhal kenderaan berenjin diesel sentiasa ada (lebih-lebih lagi masa peak pelancongan)?

Bagaimana pula krisis habis diesel yang juga sedang melanda Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Melaka dan kawasan lain di Malaysia? Jumlah four wheels perkapita di Australia dan Amerika Syarikat ratusan kali ganda lebih tinggi berbanding dengan jumlah di Sabah tetapi stesen minyak di sana tidak mengalami kekurangan apatah lagi kehabisan diesel berulang kali.

Tamak haloba


Peniaga yang tamak haloba memang wujud, tetapi kenapa hanya beli-jual diesel? Bagaimana dengan petrol bersubsidi? Sindiket pengumpul pasti beli-kumpul dan jual balik petrol, soalnya kenapa diesel dulu berkurang dan habis? Sebenarnya, pengumpul minyak bersubsidi beroperasi sama seperti peniaga lain, mereka juga membayar kos kendali.

Tolak kos ubahsuai tangki, upah kelindan, kos rasuah sekiranya ter(di) tangkap, kos pengangkutan dan kos storage, maka "profit margin" mereka tidak setinggi seperti "kiraan atas sampul surat" YB Hiew.

Penjual tidak akan wujud tanpa pembeli. Pembeli utama adalah smallhoders kelapa sawit yang terpencil, lebih murah beli dari pengumpul daripada mereka sendiri keluar ke bandar. Pembeli kedua yang sering menjadi mangsa tuduhan yang dikatakan bersalah (sebelum dibicarakan dan tanpa bukti) diajukan oleh kementerian dan YB-YB (kerajaan atau pembangkang) adalah pihak industri sektor pelancongan, pembinaan, perladangan dan perikanan yang banyak menggunakan diesel.

Firma-firma ini dikatakan menggurangkan kos (minyak adalah komponen kos kedua besar selepas buruh) dengan membeli minyak bersubsidi. Kebanyakan firma disyaki membeli dari pasaran gelap, mereka yang jujur membeli harga industri tidak dapat bersaing dalam pasaran. Kajian-kajian mendapati bahawa penjimatan kos pengeluaran oleh syarikat-syarikat kelapa sawit yang besar (big boys) tidak berkaitan langsung dengan pembelian diesel atau petrol di pasaran gelap.

Kejayaan mereka bergantung kepada penjimatan dan penghapusan pembaziran kerana mereka tidak menerima subsidi sebagaimana smallholders. Berapa ramaikah pemilik ladang kelapa sawit besar yang telah didapati bersalah membeli diesel di pasaran gelap?

Pihak ketiga yang disyaki sebagai penyebab utama kehabisan diesel di stesen-stesen minyak adalah penyeludup. Sindiket penyeludupan yang mendalangi aktiviti pengumpulan sebenarnya menyeludup hampir kesemua jenis barangan yang disenaraikan dalam kawalan harga dan bekalan termasuklah diesel dan petrol.

Laporan tahunan Kastam dan Eksais menunjukkan penyeludup membawa keluar barang- barang perlu ke Selatan Filipina (Sulu, Taganak dan Selatan Palawan), ke Tarakan and Kalimantan Barat (dari Sarawak) kecuali sayur-sayuran atau buah-buahan tempatan yang harganya rendah. Sekiranya penyeludup-penyeludup adalah penyebab utama krisis kenapa hanya diesel yang berulang-ulang habis dibeli dari gas stesen?

Soalan yang relevan ditanya oleh YB kita, menteri berkaitan dan orang ramai adalah, apakah punca akar umbi aktiviti penyeludupan bukan kenapa ianya sudah berleluasa sekarang? Penyeludup adalah ahli perniagaan yang menanggung risiko tinggi kerana mereka mengelak pembayaran cukai dan undang-undang yang menyekat jualbeli barangan yang ada pembelinya di sempadan atau di dalam Sabah dan Sarawak.

Aktiviti penyeludupan

Apabila kerajaan campurtangan dalam pasaran barangan perlu menggunakan wang pembayar cukai mengsubsidikan diesel dan petrol serta memaksa pengeluar menjual barangan perlu di bawah harga pasaran yang akan merendahkan harga barangan seperti petrol secara palsu (artificial).
Harga rendah menyebabkan pengguna menambah permintaan hanya dalam jangka pendek untuk barangan perlu makanan (mudah rosak) tetapi akan berlarutan untuk barangan tahan lama seperti diesel, petrol, bahan pembinaan dan sebagainya.

Kewujudan penawaran lebihan dalam stok selepas perayaan dan harga yang rendah memberikan insentif kepada aktiviti penyeludupan. Masyarakat di Taganak dan Pulau Penyu (Filipina), di Tarakan, di Pulau Mangse dan Balabak, Palawan akan membeli barangan yang diseludup dari Malaysia kerana ianya lebih murah.

Barangan yang diimport (melalui barter trading hanya dari Tawau dan Sandakan) bukan sahaja sangat mahal tetapi lambat sampai kerana kerenah birokratik. Membenarkan pasaran bebas untuk diesel dan barangan perlu yang lain akan mengurangkan garis keuntungan penyeludupan. Kita juga boleh menjimatkan kos penguatkuasaan. Mana lebih baik, kita guna wang pembayar cukai untuk membantu pengeluar barangan perlu tempatan supaya mereka lebih produktif atau menjadikan penyeludup kaya raya?

Permintaan terhadap beras, minyak masak, gula akan bertambah hanya pada musim perayaan kerana peningkatan penggunaan sementara. Ternyata pembaziran nampaknya berleluasa semasa musim perayaan. Kenapa? Adakah pengguna lupa akan suruhan agama untuk bersederhana semasa Ramadan? Apabila permintaan meningkat, barangan menjadikan kuantitinya terbatas lantas hargapun meningkat.

Para peniaga di Sabah rata-ratanya jujur dan mematuhi halangan kenaikan harga secara paksaan melalui Akta Kawal Harga 1946 (dengan pindaan 1973). Mereka menderita kerana harga yang ditentukan oleh kementerian tidak menambilkira kos pengeluaran. Apabila berlaku kehabisan barangan, ahli peniaga runcit akan menjadi mangsa maki hamun oleh pengguna yang marah bukannya polis harga atau menteri.

Tanpa kawalan harga dan subsidi kepada diesel, pengguna akan menggurangkan permintaan (kurang guna atau beli barang ganti) sehinggalah harga turun. Tanpa Akta Kawalan Bekalan 1961 yang mengenakan import kuota, pengeluar boleh mengimport berdasarkan keperluan pasaran. Buat masa ini, pengeluaran permit untuk mengimport bahan- bahan perlu adalah ditentukan oleh kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Bagaimanakah kementerian menentukan siapa yang layak dan berapa banyak permit import diberikan sedangkan mereka bukan pengeluar atau terlibat dalam perniagaan barangan perlu tersebut? Walaupun krisis kekurangan diesel dan barangan perlu berulang setiap tahun pada masa yang boleh dijangkakan, kenapa penjual seperti gas stesen tidak bersedia?

Pengumpul minyak bersubsidi ternyata lebih cekap, mereka beli murah sebelum musim perayaan dan jual mahal apabila stesen minyak menggenakan catuan individu dan kehabisan bekalan. Orang ramai yang letih serta muak berbaris atau sudah geram atau cemas akan mencari pasaran gelap. Kenapa stesen minyak tidak bersedia?

Menteri silih berganti

Sebab kementerian menggenakan had bekalan bulanan kepada setiap stesen. Kawalan harga juga menyebabkan garis untung jualan runcit diesel dan petrol tipis, permohonan untuk mendapatkan bekalan tambahan memerlukan kelulusan kementerian (maksudnya lambat). Itu sebabnya gas stesen membuka perniagaan convenient store!

Sekiranya menteri tercabar serta berasa segan akan kegagalan mendahulukan rakyat dan tidak mengutamakan pencapaian, lantas beliau meletakan jawatan, adakah masalah berulang dan meruncing ini akan selesai? Anda tahu jawapannya bukan?

Kita lihat, menteri yang menerajui KPDNKK telah banyak bertukar ganti sejak zaman Dr Mahathir, Pak Lah dan Najib, tetapi masalah kekurangan barangan perlu masih berulang pada masa atau tempat yang berbeza, ia berlaku menjelang musim perayaan, semasa hari-hari biasa dan semasa pencerobohan tentera Sultan Kiram di Lahad Datu.

Satu sahaja cara untuk mengatasinya, kerajaan perlu membebaskan pengguna dan pengeluar dari belenggu serta cengkaman zalim kawalan harga dan bekalan. Pembaziran boleh dikurangkan melalui pasaran bebas, bukannya melalui khutbah politik atau kempen kurangkan pembaziran. Peningkatan penyakit kencing manis di Malaysia boleh diperlahankan sekiranya kerajaan tidak mengawal harga gula.

Hujah yang sama boleh digunapakai untuk kes pencemaran udara dan kesesakan lalulintas khasnya di kawasan bandar di seluruh Malaysia. Harga barangan perlu tidak akan dapat direndah oleh polis harga, atau menteri melawat pasar atas sebab-yang ketara!

Walapun kawalan harga dan bekalan membawa lebih banyak keburukan kepada masyarakat, kenapakah kerajaan hari masih lagi berpegang teguh kepadanya?

James Alin, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
p/s: Nah! Ambik kamu luahan hati orang-orang Sabah berkenaan dengan krisis kehabisan minyak diesel baru-baru ini. Panjang lebar ni laporan so pihak-pihak yang berkenaan jangan duduk diam sahaja jalankan tugas anda dengan jayanya.

Friday, July 26, 2013

Bikin Takut! Buaya disangka kayu hanyut

Buaya disangka kayu hanyut
Penduduk Jalan Tok Empat Masjid gempar dengan penemuan bangkai buaya tembaga itu.
Buaya disangka kayu hanyut

Penghulu Mukim Api-Api/Ijok, Hussien Idris (kiri) mengiringi Rahim ke lokasi kejadian, semalam.
KUALA SELANGOR - Hasrat dua sahabat untuk memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing di sini terbantut apabila mereka menemui bangkai buaya tersangkut di tepi sungai, kira-kira jam 11 malam semalam.

Lebih mengejutkan, penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu pertama kali berlaku di kampung tersebut sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan orang ramai sejak awal pagi.

Penduduk, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak sangka cahaya lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang, tertumpu pada objek besar disangka kayu yang tersangkut di tebing sungai.

Menurutnya, dia tidak tahu langsung mengenai objek tersebut, namun hampir menjerit apabila melihat terdapat seekor buaya muara tembaga dalam keadaan telentang ketika sampannya mendekati objek tersebut.

“Kami jarakkan sampan dan teliti daripada jauh. Namun beberapa minit kemudian, kami kembali memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan buaya itu yang mungkin cedera hingga mati, namun hanya gigi dan kuku tiada,” katanya.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, pula berkata, penemuan itu amat berharga sepanjang tempoh 10 tahun dia menjadi nelayan sungai di sini.

“Ramai rakan cakap, mereka pernah terserempak buaya jenis itu dengan saiz lebih besar. Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing, namun haiwan itu tidak pernah mengganggu nelayan atau kaki pancing.

“Orang lama cakap buaya itu penunggu sungai. Saya anggap mitos sahaja dan mungkin hanya ada dua jenis buaya di sungai ini iaitu muara serta jelujong mengikut cerita nelayan yang pernah menemui haiwan tersebut,” katanya.

Jeti jadi mini zoo

Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan itu dan bergegas ke kawasan jeti untuk melihat buaya tersebut dengan lebih dekat.

“Kawasan jeti itu menjadi tumpuan penduduk, seolah-olah mini zoo bermula seawal jam 7 pagi.

Orang ramai berpusu datang dan sementara menunggu pegawai Perhilitan, mereka sempat merakam gambar untuk buat kenangan,” katanya.

Turut hadir, Penghulu Mukim Api/Api dan Ijok, Hussien Idris.

Penemuan pertama

Pengarah Perhilitan Negeri Selangor, Rahim Ahmad berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya seberat 1,000 kilogram tersebut ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk dibedah siasat.

“Kita tak boleh beri sebarang komen berhubung punca kematian, usia, jantina dan saiz sebenar kerana tunggu bedah siasat. Penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan negeri kerana kita tidak pernah terima laporan penemuan buaya dengan saiz agak besar atau keganasan buaya yang mengakibatkan kematian.

"Saya berterima kasih kepada Majlis Daerah Kuala Selangor yang menyediakan pengangkutan sekali gus melancarkan tugas Perhilitan bawa buaya itu ke Sungai Dusun,” katanya.


p/s: Huh bayang kamu dengan sahabat kamu pigi memancing di sungai masa subuh-subuh atau petang yang gelap-gelap sudah. Lepas tu kamu nampak macam ada kayu besar hanyut sekali dekat sudah tu kayu tengok rupa-rupanya buaya yang bersaiz besar. Bikin takut yoooo.... nasib la tu buaya mati sudah. Seram juga lah.

Alvin, Vivian bebas dengan jaminan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penulis blog seks Alvin Tan dan pasangannya Vivian Lee dibebaskan dengan jaminan RM30,000.
Ibu kepada Alvin dan seorang saudara mereka menandatangani bon jaminan untuk kedua-dua tertuduh.
Tan, 25, yang disapa pemberita selepas dibebaskan itu kelihatan masih mampu tersenyum selepas lapan hari ditahan namun Lee, 24, mengelak apabila wajahnya cuba dirakam oleh para jurugambar yang menghurungnya di luar mahkamah.

NONE"(Keadaannya) boleh tahan," kata Tan ringkas sambil tersenyum kepada pemberita ketika ditanya mengenai keadaannya di dalam penjara di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Tan bersama Lee tiba di pejabat pendaftaran jenayah mahkamah pada jam 10 pagi hari ini bagi proses jaminan sebelum dilepaskan, dan seterusnya beredar dengan dua kenderaan berasingan.
Mahkamah Tinggi semalam membenarkan setiap tertuduh berkenaan diikat jamin RM30,000 dengan dua orang penjamin.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin, yang membenarkan ikat jamin itu bagaimanapun mengenakan tiga syarat ketat, termasuk pasport mereka harus disimpan di mahkamah.

NONEMahkamah juga menetapkan mereka berdua tidak boleh muat naik dan menggunakan alat peranti komunikasi perangkaian (smartphone) untuk memasukkan komen atau artikel yg menyentuh hal agama dan sensitiviti kaum.

Dalam kamar, hakim juga menetapkan bahawa kedua duanya diminta hadir lapor diri di balai polis terdekat pada setiap 1 haribulan.

Pada 18 Julai lalu, Alvin Tan dan Vivian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Mereka kemudiannya memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan mereka diikat jamin terhadap tuduhan tersebut.

Mahkamah Tinggi semalam membenarkan permohonan semakan kehakiman itu, dan membenarkan mereka diikat jamin dengan dua penjamin. 

sumber:  Malaysiakini

p/s: Nah itulah jangan main dengan sensitiviti agama orang lain. Walaupun kita hidup berlainan agama dan bangsa di Malaysia, kita kena respek dengan kepercayaan agama masing-masing bukan mo menghina atau memburukkan agama yang lain. Tidak pasal-pasal masuk kes makhamah kena bayaran RM30,000 seorang lagi tu wuhooo. Tapi kan ehem ada juga orang-orang besar yang main isu sensitif ni tapi tiada dikenakan apa-apa tindakan. Macam mana lah tu gaman siurang pun susah mo cakap kita tunggu sajalah perkembangan semasa manatau ada kena ungkit lagi dalam masa terdekat ni mungkin kes Alvivi ni boleh jadi rujukan dan teladan kepada mereka-mereka yang mo main-mainkan isu agama seperti ini. Kita tunggu dan lihat pesss....

Wednesday, July 17, 2013

Tanah Runtuh di Ranau

Tidak hirau larangan menantu

Ranau: “Saya sudah melarangnya supaya tidak ke kebun, tetapi dia berkeras mahu memetik strawberi yang masak untuk dijual,” kata Jaima Undaput, 30, menantu Dohumi Kinte, 78, yang dikhuatiri maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mesilou dekat sini, semalam.
Ketika kejadian pada jam 10.45 pagi, Dohumie dikatakan sedang memetik buah strawberi di kebunnya seorang diri sebelum tiba-tiba bukit dianggar setinggi 500 meter berhampiran kebunnya runtuh lalu menimbus warga emas itu.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan mendapan serta pergerakan tanah susulan hujan lebat sejak petang kelmarin sehingga pagi semalam.

Jaima berkata, sebelum kejadian dia bersama ibu mentuanya itu ke kebun sayur mereka dan sampai di sana, mangsa beria-ia mahu memetik strawberi walaupun dia melarangnya kerana angin kencang.


Foto
ANGGOTA polis, bomba dan JPAM bersama orang ramai mencari mangsa yang tertimbus.


“Kejadian berlaku ketika saya pulang ke rumah untuk menghantar sayur pucuk timun. Saya tidak menyedari tanah runtuh berlaku sehingga dimaklumkan penduduk yang bertanyakan di mana ibu mentua saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.




Tuesday, July 16, 2013

Angin Ribut di kawasan Kota Kinabalu

Gambar di atas diambil berdekatan dengan Centre Point pusat membeli belah. 
Kelihatan kereta kancil dihembap oleh pokok yang tumbang. 

Kereta terbalik dikatakan disebabkan angin lintang yang kuat.
 Kejadian berlaku di depan City Mall, Jalan Lintas.

16/07/2013 - Kota Kinabalu: Angin ribut melanda bandaraya Kota Kinabalu telah mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan sekitarnya. Kejadian berlaku pada waktu pagi sekitar jam 11:00. Sementara itu sebuah kereta terbalik disebabkan angin lintang yang kuat berdekatan dengan City Mal di Jalan Lintas. Para pemandu dinasihatkan tidak memandu dengan laju ketika hujan lebat bagi mengelakkan kejadian yang tidak dingini.


Monday, July 15, 2013

Cory Monteith pelakon utama dalam Drama Glee meninggal dunia di usia 31 tahun.

Tragic: Cory Monteith, pictured in Los Angeles on June 8, has died aged 31
Pelakon Glee, Cory Monteith telah meninggal dunia pada usia 31, telah disahkan.

Pelakon Kanada - yang memegan watak sebagai Finn Hudson pada siri hit FOX (Glee) - ditemui pada hari Sabtu pagi di bilik hotel di Fairmont Pacific Rim hotel di Vancouver.

Cory - yang selesai bertugas dari pemulihan pada bulan April untuk ketagihan bahan - kali terakhir digambarkan dengan teman wanitanya Lea Michele hanya bulan lepas.

Berita itu telah disahkan oleh Polis Vancouver pada sidang media pada malam Sabtu.

Tiada punca kematian telah disahkan pada ketika ini, tetapi dikatakan tidak ada implikasi perbuatan khianat.

Pemeriksa perubatan akan menjalankan bedah siasat pada hari Isnin.

Pemangku Ketua Doug LePard membaca dalam satu kenyataan: "Tidak lama selepas tengah hari ini, Polis Vancouver menerima panggilan dari Perkhidmatan Ambulans BC mengenai kematian secara tiba-tiba di dalam bilik di tingkat 21 di Fairmont Pacific Rim Hotel at 1038 Canada Place di pusat bandar Vancouver '.

Mengesahkan: 'si mati telah dikenalpasti sebagai 31 tahun pelakon Cory Monteith, yang mencapai kemasyhuran yang besar dalam siri TV popular Glee.'

Sebelum memberikan maklumat lanjut, LePard berkata: 'Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kami kepada keluarga, rakan-rakan, castmates dan berjuta-juta peminat Mr Monteith.'

Cory telah masuk ke hotel pada 6 Julai dan telah disebabkan untuk menyemak pada hari Sabtu.

Walau bagaimanapun, rakaman video menunjukkan pelakon kembali ke bilik itu dengan dirinya selepas malam dengan kawan-kawan pada hari Jumaat.

sumber: Daily Mail UK