Showing posts with label Akademi Fantasia 9. Show all posts
Showing posts with label Akademi Fantasia 9. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Hazama Juara Akademi Fantasia 9

Baru saja keputusan diumumkan dan juara untuk Akademi Fantasia 9 dan yang terakhir dimenangi oleh Hazama. Juara membawa pulang sebuah kamera cybershot dari Sony, sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM200,000. Tempat kedua dimenangi oleh Lena. Ketiga Fina dan tempat keempat adalah Azri. Tahniah diucapkan kepada Hazama ternyata penantian selama 5 tahun untuk memasuki Akademi Fantasia memberi tuah kepada Hazama.

Monday, June 6, 2011

Akademi Fantasia 9, Minggu ke 9, Erul tersingkir


Akhirnya terjawab sudah siapa pelajar yang layak ke peringkat final AF9, Akademi Fantasia yang terakhir. Erul merupakan pelajar yang terakhir tersingkir dalam AF9 dan dengan ini 4 orang pelajar akan berentap untuk mendapat gelaran juara bintang akademi fantasia 9 iaitu Lena,Fina, Azri dan Hazama.

Berikut adalah kedudukan pelajar selepas undian ditutup.

1. Hazama - 29%
2. Lena - 25%
3. Azri - 25%
4. Erul - 21%

* Fina layak secara automatik ke peringkat akhir setelah mendapat imuniti pada minggu sebelumnya

Sunday, May 22, 2011

Akademi Fantasia 9 Minggu Ke-7 . Nera tersingkir keluar.

Malang buat Nera kerana dia merupakan pelajar AF yang tersingkir minggu ini. Uhuks, Nera antara favorite saya di AF9 lepas ni tidak lagi la berseri AF9.. huhuhu. Lagu yang dibawa pun siok telinga mendengar, mendayu-dayu sehingga menusuk kalbu heh. lagu dari Hetty Koes Endang - Tak Ingin Sendiri. Bila tengok balik video clip time dia nyanyi mimang terasa la ada feeling masuk di dalam jiwa. Tapi apa bulih buat sudah nasib dia terkeluar dari AF9. Tidak apa hopefully di luar sana banyak mata yang memandang dan adalah rezeki Nera nanti. To Nera - All da best to you. Keep on moving. Okies.

Videoclip Nera time minggu ke- 7


Berikut merupakan undian selepas persembahan AF9 untuk minggu ke- 7

1. Hazama - 29%
2. Fina - 17%
3. Lena - 15%
4. Erul - 13%
5. Azri - 13%
6. Nera - 13%

Monday, May 9, 2011

Akademi Fantasia 9 VS Mentor 5


Nah.. mana satu pilihan anda, dua-dua pun program realiti. Kalau AF punya tenaga pengajar yang banyak dan dikongsikan bersama dengan semua pelajar manakala Mentor pula setiap peserta mempunyai mentor masing-masing yang akan membantu mereka dalam membuat persembahan.

Cara undian pun berbeza kalau AF semua undian adalah 100% ditangan penonton manakala Mentor pula 50% dari juri profesional, 30% dari dari penonton dan 20% lagi dari juri awam di studio yang merupakan golongan semi profesional, yang mana mereka terdiri daripada pelajar jurusan muzik, wartawan dan penerbit rancangan hiburan televisyen. Kalau dilihat dari sistem pengundian, Mentor punya sistem undian yang lebih profesional dan adil.

Ramai orang berpendapat berbaloi lagi tengok Mentor 5 dari AF9. Ini kerana persembahan yang ditunjukkan para peserta-peserta mentor adalah yang terbaik dari mereka dan dikuatkan lagi dengan mentor masing-masing. Pemilihan Mentor pun bukan alang-alang sebab mereka dipilih dari mentor mereka sendiri. 

Saya pun tengok juga program Mentor ini dan saya lihat mimang persembahan mereka mantaps.. dikala konsert AF9 baru mula menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan mentor pula sejak awal-awal lagi sudah menunjukkan profesionalisme dalam setiap minggu persembahan mereka. Vokal dan persembahan mereka mimang jauh lebih baik sudah dari para pelajar AF9 itu sendiri.

Ikut pandangan masing-masing la, sendiri tengok sendiri pikir hehe, tidak salah kalau tengok dua-dua pun becoz lain hari dan masa tayangan. Kalau mentor ada juga wakil dari Sabah si Salma, suara dia, fuh siok oo mo dengar. 

Akademi Fantasia 9 Konsert Minggu ke-5

Konsert kali ini baru menunjukkan taring sebenar para pelajar AF9, adeh kenapa baru sekarang mo kasi tunjuk taring, cuba la tunjuk awal-awal  baru la up skit rating AF9, ini tidak mau ada system pengguguran, kena kritik dengan kritikan yang kaw2 baru nak tunjuk persembahan yang ada class punya.  Apapun oleh mungkin para pelajar baru dapat menyesuaikan diri, mungkin setelah diberi motivasi, didikan yang sempurna dari tenaga pengajar baru la diorang bangkit dari tidur mereka.

Secara keseluruhannya para pelajar telah mempersembahkan sesuatu yang banggakan oleh mereka dan para tenaga pengajar. Peningkatan dari segi vokal dan persembahan lebih ketara dan pelajar dapat menyelami lagu masing-masing dengan lebih baik. Bermula dengan persembahan mantap dan bertenaga dari Erul telah membuka mata dan telinga para penonton di mana Oggy berasa sangat gembira dan kagum dengan persembahan dari Erul. Begitulah seterusnya para pelajar-pelajar yang lain telah membawa tugasan lagu masing-masing dengan baik.
Pelajar-pelajar lelaki mendapat pujian yang tidak kurang hebatnya terutamanya Azri yang mempunyai vocal suara yang power dan merupakan favorite pelajar final salah seorang dari pengkritik.

Fina mendapat pujian memberangsangkan dari pengkritik terutamanya Hattan dan memberitahu Fina jangan khuatir pasal kedudukan terbawah di AF sebabnya Fina punya martabat yang tinggi sekiranya dia terkeluar dengan undian sms.Nera sekali lagi membuat improvement yang baik dari segi vocal dan persembahan manakala Lena secara bersahaja membawa lagu dari Rossa – Ku Menunggu.

Rata-ratanya para pengkritik pada malam konsert AF9 ke-5 mahu lagu-lagu yang mencabar untuk kesemua pelajar kerana sesetangah pelajar mendapat lagu yang orang bilang miming makanan dia la. Senang saja untuk dibawa dan lansung tidak mencabar vocal mereka.

Di akhir rancangan reality ini seperti biasa, sudah menjadi  rutin Aznil akan memanggil salah seorang pelajar yang akan tersingkir. Dan pelajar yang kurang bernasib baik adalah pelajar yang bernama Afif, yang mendapat undian paling rendah pada malam tersebut.

Lagu-lagu tugasan pelajar AF9 untuk konsert ke-5

1. Erul - Dance Little Sister (Terence Tren D'Arby)
2. Afif - Malam (Search)
3. Hazama - Noktah Cinta (Hafiz)
4. Kay - Pulanglah (Awi Rafael)
5. Fina - Segalanya Pasti (Aida Agil)
6. Nera - Gelora Jiwa (Yuna)
7. Azri - Sungai Lui (Aizat)
8. Lena - Ku Menunggu (Rossa)

Sunday, April 24, 2011

Konsert MInggu Ke-3 AF9, ada peningkatan?

Susah juga mo cakap ni, tapi setelah melihat konsert yang ke-3 ada jugala peningkatan. Tapi komen-komen pedas memang kaw2x la, siapa lagi kalau bukan dari Oggy. Tapi sa tengok kekadang komen Oggy macam melebih-lebih kaw2x nya, macam tidak kena pada tempatnya. Okiesla mungkin dia mo yang terbaik untuk AF9 maklumlah AF yang terakhir. Norman dan Hattan tidak kurang juga pedasnya komen diorang tetapi komen mereka agak bernas dan buli diambil iktibar. 

Persembahan pelajar-pelajar turun naik kali ni, ada pelajar yang nanyi okies minggu lepas tapi minggu ni kurengs pula. Dan ada juga pelajar yang bangkit dari konsert-konsert yang lalu dan persembahan amat menyakinkan.Kay, Aida, Amir adalah antara pelajar yang agak kureng sikit persembahan mereka. Dan salah satu pelajar yang bangkit dari konsert yang lalu adalah pelajar yang terakhir membuat persembahan iaitu Nera. Konsert pada minggu-minggu yang lalu dia telah dikritik dengan hebat hohoho.. mimang out la tapi kali ni dia berjaya buktikan yang dia buli pergi lebih jauh lagi dalam industri muzik dan dapat menimba ilmu di AF. Tetapi Oggy masih tidak berpuas hati dengan persembahan dari Nera dan cuba membandingkan persembahan Nera dengan penyanyi asal lagu yang dinyanyikan oleh Nera iaitu dari Frank Sinatra - "Fly Me To The Moon". Norman kata okay saja persembahan Nera. Hattan suka persembahan Nera dan kata dia telah bangkit serta menafikan Oggy yang cuba membandingkan legenda Frank Sinatra dengan Nera.

Seterusnya, pelajar yang tersingkir adalah Miza. 2 pelajar yang berjaya diserap masuk adalah Fina dan Hazama manakala 2 calon pelajar lagi Fir dan Hani tidak terpilih untuk masuk dalam AF9.


Monday, April 18, 2011

Konsert ke-2 Akademi Fantasia 9, ada peningkatan?

Konsert kali kedua ada menampakkan sedikit peningkatan daripada konsert sebelumnya. Tetapi masih banyak lagi yang perlu dibuat oleh pengetua dan para tenaga pengajar. Pelajar yang menunjukkan kelemahan paling ketara dari segi vokal, Nera yang menanyikan lagu Aku,Kau dan Dia sekali lagi menghampakan para juri. 

Ogy menyatakan sorry sebab It's too bad, Fauziah Latif bagi kata-kata nasihat dan perangsang coz part akhir Nera dapat catch-up juga. Hattan bilang, hati-hati dan berharap agar para pengundi mengundi Nera untuk menyelamatkannya.

Pelajar yang lain buli dikatakan okies saja..Dan 2 pelajar yang saya rasa telah membawa lagu dengan baik sekali adalah Erul dan Lena. Siok btul dengar diorang punya suara dengan vokal yang mantap. Dan malang sekali untuk Eka yang merupakan pelajar ke-2 tersingkir pada konsert kali ini.

Konsert ke-2 AF9 juga telah membuat kejutan yang julung kalinya dibuat. Kejutan tersebut adalah sistem pengguguran pelajar AF9 yang diumumkan oleh Aznil sebagai pencarian pelajar terbaik di mana ada pelajar yang akan digugurkan sekiranya pelajar gagal menepati piawaian produksi dan pengkiritik dan akan digantikan dengan 4 calon pelajar baru.


Senarai penuh lagu-lagu tugasan untuk pelajar AF9 pada konsert yang kedua:

1. Miza – Di Pintu Sepi (Search)
2. Kay – Selagi Ada Rindu (Kristal)
3. Nera – Aku Dia dan Kamu (DVA)
4. Amir – Cinta Gila (Dewa)
5. Eka – I’m Sorry Goodbye (Kris Dayanti)
6. Azri – Bila Resah (Anuar Zain)
7. Raqib – Dan Bila Esok (Sofaz)
8. Lena – Kekal (Ziana Zain)
9. Aida – Ilusi (Adira)
10. Afif – One In A Million (NeYo)
11. Erul – Cinta Untuk Nabila (Melissa)

4 calon baru untuk AF9

1.Fir
2.Hani
3.Fina
4.Hazama

Kenapa plak tetiba ada sistem pengguguran pelajar ni? Kenapa, pihak Astro sudah silap memilih para pelajar kah? Di antara pelajar yang tersingkir dan pelajar yang digugurkan, mana satu jalan keluar yang terbaik dari AF9 ? Saya rasa lebih baik dari tersingkir dari digugurkan, bikin malu sajakan kalau kena kasi gugur huhuhu..

Saturday, April 9, 2011

Konsert 1 Akademi Fantasia 9, menghampakan.. boring??

Belum pun  konsert habis, saya mula rasa macam ada something wrong, tia tau la masalah sound system kah? pelajar itu sendiri? not even half of da konsert sa tengok saya rasa macam af kali ni tiada tarikan.. atau wow power. Para pengkritik Ogy, Adiba dan Hattan rata-rata tidak berpuas hati dengan persembahan para pelajar walaupun bukan secara keseluruhannya. 

Banyak komen-komen pedas kedengaran dari para juri terutamanya dari Ogy, memang pedas macam makan cili padi memang terasa dan panas telinga untuk didengar terutamanya para tenaga pengajar dan pengetua Amy, Search. Apa dah jadi da konsert terakhir sepatutnya malatop tapi ini pula sebaliknya. Para pelajar pula nampak sangat nervous. Kenapa, takut sama juri ka? Juri duduk dekat dengan stage mungkin para pelajar takut tengok muka para juri kali hohoho. Nampak muka juri berkedut sana-sini sampai tidak fokus sudah dengan nanyian.

Apapun ini baru konsert yang pertama mungkin masih ada ruang lagi yang buli diperbaiki. Kepada tenaga pengajar harap ambil iktibar di konsert pertama semoga konsert yang seterusnya akan lebih mantap dan bertenaga. Jangan biarkan para pengkritik terus melontarkan komen-komen yang bikin merah itu telinga.