Wednesday, August 19, 2015

Polis Marin Sandakan Rampas 2,600 Biji Telur Penyu Seludup

SANDAKAN, 18 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 2,600 telur penyu yang hendak diseludup ke daerah ini dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di pesisir pantai Kampung Forest dekat sini, hari ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata nilai rampasan telur penyu itu dianggarkan berjumlah RM3,120.

Katanya anggota PPM yang melakukan rondaan di kawasan itu pada pukul 4 pagi, mengesan dua lelaki menaiki sebuah bot pam memunggah barang ke pantai.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun melarikan diri dengan menggunakan bot pam tersebut sebaik menyedari kehadiran anggota PPM, katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad berkata hasil pemeriksaan menjumpai enam bungkus plastik hijau dan dua karung guni berisi telur penyu disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran gelap di daerah ini.

Katanya telur penyu tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

P/s: Kipidap !@

No comments:

Post a Comment