SANDAKAN, 19 Ogos (Bernama) -- Enam
bas mini dan sebuah kereta yang digunakan sebagai pengangkutan awam
tanpa permit yang sah, disaman dalam Op Sapu oleh Polis Trafik di Jalan
Karamunting, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata kesemua pemandu kenderaan tersebut diambil tindakan mengikut Seksyen 33 Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.
Katanya sebagai kesalahan pertama, pemilik tujuh kenderaan itu dikenakan saman dan jika mengulangi perbuatan yang sama, kenderaan mereka akan disita.
Zabidi berkata operasi itu memberi tumpuan kepada kegiatan kereta sapu yang mengangkut penumpang secara haram.
Menurutnya, kegiatan kereta sapu turut menyumbang kepada pergerakan pendatang asing tanpa izin di daerah ini.
Selain itu, katanya kegiatan kereta sapu juga menjejaskan pendapatan pemandu bas mini yang beroperasi secara sah.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment