Tidak hirau larangan menantu
Ranau: “Saya sudah melarangnya supaya tidak ke kebun, tetapi dia
berkeras mahu memetik strawberi yang masak untuk dijual,” kata Jaima
Undaput, 30, menantu Dohumi Kinte, 78, yang dikhuatiri maut selepas
tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mesilou dekat sini,
semalam.
Ketika kejadian pada jam 10.45 pagi, Dohumie dikatakan sedang
memetik buah strawberi di kebunnya seorang diri sebelum tiba-tiba bukit
dianggar setinggi 500 meter berhampiran kebunnya runtuh lalu menimbus
warga emas itu.
Kejadian dipercayai berlaku disebabkan mendapan serta pergerakan
tanah susulan hujan lebat sejak petang kelmarin sehingga pagi semalam.
Jaima berkata, sebelum kejadian dia bersama ibu mentuanya itu ke
kebun sayur mereka dan sampai di sana, mangsa beria-ia mahu memetik
strawberi walaupun dia melarangnya kerana angin kencang.
ANGGOTA polis, bomba dan JPAM bersama orang ramai mencari mangsa yang tertimbus.
“Kejadian berlaku ketika saya pulang ke rumah untuk
menghantar sayur pucuk timun. Saya tidak menyedari tanah runtuh berlaku
sehingga dimaklumkan penduduk yang bertanyakan di mana ibu mentua saya,”
katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
sumber: Harian Metro Online
No comments:
Post a Comment