Oleh: ADLI AYOB
KOTA KINABALU, SABTU 29/06/13 - Saudara Abdul Mutalib Mohamed Daud
51, telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih-kurang jam 3.00 pagi
hari Sabtu di Kota Kinabalu akibat serangan angin ahmar (stroke) dipangkuan
isterinya Pn. Sarina Abd. Gani. Sejurus kemudian, pada jam 3.15 petang
jenazah Allahyarham telah selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau dan
telah dibawa ke rumah keluarganya di Taman Warisan, Lahad Datu, Sabah.
Menurut Pn. Sarina Abd Ganih, jenazah Allahyarham Mutalib MD akan disemadikan di Tanah Perkuburan Tabin-Silabukan dekat Lahad Datu pada pagi esok (Ahad, 30/06/13) jam 8.00pagi.
Sesungguhnya dengan pemergian beliau ke Rahmatullah pada hari ini
telah menyaksikan hilangnya seorang pejuang negara yang sinonim dengan
pendedahan 'IC-Palsu/RCI' di Malaysia dan sangat-sangat dirasai oleh
keluarga dan sahabat-handai. Seorang sahabat beliau, Dato' Ahirudin Bin
Attan telah menulis tentang berita kematian allahyarham di SINI (Rocky's Bru).
Pihak editorial Sabahkini.net akan memberhentikan seketika paparan
berita di Sabahkini & SabahkiniTV untuk masa yang terdekat ini bagi
menghormati keluarga beliau. Kepada sahabat-sahabat, pembaca Sabahkini
dan penonton SabahkiniTV, anda dijemput untuk memberikan penghormatan
terakhir buat Allahyarham pada esok, jam 8.00 pagi di Lahad Datu. Portal
Sabahkini.net akan terus beroperasi selepas ini sesuai dengan kehendak
dan pesanan beliau iaitu 'Membongkar Kebenaran, Mempertahankan
Kejujuran' - Al-Fatihah.
p/s: Takziah kepada keluarga Allayarham semoga diberikan kekuatan bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Saya terkejut apabila terbaca berita ini di salah sebuat portal berita dan macam tak percaya saja. Laporan beliau merupakan laporan yang telus dan terperinci disertakan dengan bukti-bukti samada black & white mahupun hasil daripada 'interbiu' dengan orang perseorangan. Mana mo cari orang macam begini dan yang paling saya kagumi Allahyarham bukan la orang berasala dari Sabah tetapi telah lama menetap di Sabah dan perjuangannya dari dulu tidak pernah berubah terutamanya pembongkaran tentang projeck IC di Sabah yang mana YB-YB tempatan sendiri takut atau tidak bertindak secara serius untuk menangi masalah ini. Kalau serius kan dari dulu lagi bah selesai ni masalah tidak payah tunggu bertahun, puluhan tahun sekarang beranak pinak sudah tu PTI lagi la susah mo kasi selesai ini masalah. Fikir-fikirkanlah
No comments:
Post a Comment