Thursday, July 11, 2013

Kaunter khidmat pelanggan SESB tutup 4 petang sepanjang Ramadan


SANDAKAN: Semua operasi kaunter perkhidmatan pelanggan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di seluruh Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan ditutup pada jam 4 petang sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Ahmad Fuad Md Kasim, perubahan sementara masa operasi ini hanya akan bermula pada 10 Julai 2013 (Rabu) sehingga 7 Ogos iaitu sepanjang bulan Ramadan sahaja.

Masa beroperasi yang baru di kaunter SESB sepanjang bulan Ramadan ini adalah daripada jam 8 pagi sehingga 4 petang setiap hari.

Antara kaunter pejabat kawasan SESB yang dibuka pada hari Sabtu adalah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, W.P Labuan, Keningau, Beaufort, Kota Belud dan Lahad Datu.

Waktu operasi pula bermula daripada jam 9 pagi sehingga 1 petang. Perkhidmatan kaunter SESB juga ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Oleh yang demikian, para pengguna yang dihormati adalah dinasihatkan  untuk mengambil maklum mengenai dengan perubahan terbaru ini.

Pihak SESB juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang akan menjalani ibadah puasa.

sumber: News Sabah Times 

p/s: Jadi pada mereka yang berada di kawasan-kawasan yang tersebut di atas kalau mo buat pembayaran buat la sebelum jam 4.00 petang.


No comments:

Post a Comment