Monday, May 23, 2011

Salma Mentor 5 terselamat, ke final Mentor 5.

Undi simpati mungkin itulah yang boleh dikatakan terhadapa Salma. Dengan jumlah undian keseluruhan dari Semifinal 1 + Semifinal 2 Salam memperolehi sebanyak 113 mata jatuh ditempat ketiga dibelakang protege Sharifah Aini dan Edry. Kalau diikutkan format Mentor 5 cuma protege yang berjaya menduduki di tempat dua teratas layak ke Final tetapi nasib menyebelahi Salma kerana ada kejutan yang dibuat disaat akhir rancangan realiti tv ini. TV3 telah mengumumkan satu tempat lagi diberikan kepada protege untuk ke final dan mengikut jumlah undian Salma telah mendapat tempat ketiga yang melayakkan dia ke final manakala protege Afdlin Shauki, Ratna di tempat keempat dengan 88 mata.

Berikut merupakan kedudukan dan jumlah kutipan mata yang dikumpul oleh protege dalam 2 semifinal sebelum ini.

1. Mentor Edry Abd. Halim Protege Iqa                126 mata terkumpul
2. Mentor Dato Sharifah Aini, Protege Shihah      119 mata terkumpul
3. Mentor Erra Fazira, Protege Salma                   113 mata terkumpul
4. Mentor Afdlin Shauki, Protege Ratna.               88 mata terkumpul

No comments:

Post a Comment