Monday, May 24, 2010

Rogol semakin berleluasa di Malaysia

Rogol.. rogol.. ini wording ah bikin panas sama telinga saya saja tau. Hari ni sa terbaca lagi pasal kes rogol di mana remaja yang merupakan salah seorang pelajar di sebuah kolej telah buat aduan polis bagi menunjukkan sebab kenapa dia tidak hadir pigi kolej, takut kena buang kolej, alalalala.. kena rogol oleh boypren dia..tulung la klu ada kes-kes macam gini terus report sama polis peduli apa boypren klu perangai macam gitu.. klik di sini untuk berita lanjut. Lagi berita terbaru Bapa tiri cabul, bapa kandung rogol, dua-dua bapa ini pun tidak boleh diharap, harapkan pagar, pagar makan padi puiii..... Ada lagi Perogolku, suamiku dan lagi!! Dua lelaki tonton aksi gadis dinodai

Why ah.. gejala rogol ini masih berleluasa di negara kita. Sebelum ni kita pernah dikejutkan seorang pelajar UMS dari Sarawak diculik dan dirogol dalam kereta, sampai kena pukul, kena gigit.. adesh. Kalau ndak tahan sudah tu pigilah cari ayam-ayam yang berleluasa di bandar ka klu di area KK sana kg. air banyak tu mak nyah. Untuk para wanita-wanita di luar sana saya harap kamu orang jaga lah cara pemakaian kamu tu jangan telampau seksi takut nanti ada orang terseksa tengok kamu nanti ndak tahan lagi diorang terus terjadilah kes yang tidak diingini. Kalau mo jalan pigi mana-mana terutamanya di waktu malam bawa la geng-geng yang boleh diharap, Kalau mo berkawan carilah kawan yang boleh dipercayai, zaman sekarang ni ramai lelaki-lelaki yang gatal-gatal. Berhati-hati la senantiasa, waspada jangan biar hidup anda musnah disebabkan kejahilan orang yang tidak berperikemanusiaan. Huh...sa pun tia tau apa lagi mo dicakap, pandai-pandai la kamu jaga diri. Orang sudah berpesan so ingat-ingat itu remember. Okay

Sunday, May 23, 2010

Sharir Juara AF8

Ya akhirnya juara AF8 diketahui semalam yang telah dimenangi oleh Sharir pelajar yang telah diundi masuk dengan menyampaikan lagu baru Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan lagu Biru Mata Hitamku (Wings). Adira pula saya punya favorite cuma berpuas hati dengan kedudukan tempat kedua dengan lagu barunya Ku Ada Kamu dan lagu Tiru Macam Saya (Sheila Majid). Tempat ketiga, Daus dengan lagu Doktor Pakar Cinta (Yusri KRU) dan lagu baru, Kenapa.Maulana yang mempunyai ton suara yang lantang berada di tempat keempat dengan lagu Susun Silang Kata dari Aizat dan lagu baru RSVP. Manakala tempat kelima, Iwan yang menyampaikan lagu baru, VIP dan lagu dari Spider, Relaku Pujuk.

Adeh sangkaanku meleset pikirkan Adira boleh jadi juara. Apapun tahniah kepada Sharir kerana telah menunjukkan usaha gigihnya sehingga dia bergelar juara AF8. Hopefully ini bukan la satu pengakhiran buat para pelajar-pelajar AF8 biarlah mereka jadikan Akademi Fantasia ini sebagai platform bagi mereka memulakan karier mereka sebagai seorang artis.

Saturday, May 22, 2010

LEVI PEKERJA ASING NAIK TAHUN DEPAN

Okay.. kalau mengikut perancangan kerajaan levi pekerja asing dinaikkan dalam usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing. Ini menunjukkan kerajaan mahu majikan menimbang untuk mengambil tenaga pekerja tempatan. Atau ini bermakna para penjawat awam akan menerima kenaikkan gaji thehe. At least ada juga bah usaha dari kerajaan mau bagi peluang sama orang tempatan but itulah orang tempatan ini kadang-kadang memilih kerja juga bah, tiapa bah untuk permulaan kita start dari bawah dulu and then berusaha la untuk mendapat sesuatu yang lebih jangan harap durian runtuh ja itu mimang susah. Untuk berita penuh pasal kenaikkan levi pekerja asing sila la layari http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/38890

Thursday, May 20, 2010

Buat Duit dengan PTC

Wahahahaha... nah siapa mo buat duit men klik2 saja. Ini bukan tipu ini butul-butul nie. Mungkin ada yang ndak pernah dengar pasal ni PTC or fullname dia Paid To Click. Okay sa cerita sikitlah bagi diorang yang belum tau pasal PTC nie. Macam begini ceritanya, kamu dapat duit bila kamu klik iklan-iklan yang akan ditunjukkan sama kamu. So kalau kamu ada free time semasa melayari internet sambil-sambil tu kamu klik la iklan-iklan itu. Tidak payah kasi keluar duit satu sen pun, daftar percuma, setiap hari kalau kamu klik ja iklan-iklan tu dapat lah kamu duit tu but tidak la terus kamu dapat duit banyak sampai beribu-ribu lemon, tidak bukan camtu.

Tapi ada pepatah mengatakan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit nah macam gitu lah tu. Okay di bawah ni ada link PTC sites yang butul-butul membayar sama kamu saya cakap macam begitu coz saya sudah dibayar oleh salah satu PTC site ni yang lain tu still in progress.

Mo bagi petua sikit bagi yang mo join dunia PTC nie:

- Perlu ada kesabaran jangan terburu-buru mo dapat duit, jangan tamak orang bilang.
- Belajar dari kesilapan bagi sesiapa yang pernah join mana-mana PTC.
- Jangan invest mana-mana PTC program yang baru sekurang-kurangnya 6 bulan la.
- Klik iklan setiap hari untuk untuk mendapat bayaran maksimum.

Neobux PTC yang boleh dipercayai.





* Untuk pengetahuan anda semua sebelum ada 3 jenis PTC yang saya paparkan di sini tetapi 2 sudah di remove pasal apa sebab dua-dua jadi scam. 2 PTC yang saya maksudkan itu ialah Gagabux dan Palmbux. Tinggal Neobux saja yang jadi harapan sudah lebih 3 tahun online dan yang ini mimang boleh dipercayai.

Datuk Bung Moktar Radin kena denda

Itula pasal orang mau berpoligami but tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan, nah kan sekarang sudah kena denda free-free RM1000. Itu baru Datuk belum campur orang yang bersubahat, isteri kedua dia Zizie kena RM2000, tiga adik-beradik Datuk Bung RM1000 setiap satu dan 2 lagi rakan Datuk RM1000 setiap seorang. Campur-campur semuanya RM8000. Tidak apa lah orang kaya bah senang2 ja bayar denda tu hehehe but jangan ja kena penjara hilang kerja Datuk nanti. Moralnya patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan jangan pikir mo ikut jalan senang ja. Tidak kira kita ni tua-muda,miskin-kaya kita memang tidak boleh lari dari hukuman sekiranya kita melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. Pikir-pikirkan la.

Wednesday, May 19, 2010

Temuduga KPLSM Sabah dan Sarawak

Nah ada berita baik untuk para lepasan SPM yang mo jadi cikgu di Sabah dan Sarawak. Temuduga Terbuka untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM atau KPLSPM akan dibuat di pedalaman Sabah dan Sarawak. "Temuduga akan diadakan pada 24 Mei di Pejabat Pelajaran Daerah Nabawan, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau dan Pejabat Pelajaran Daerah Pitas". Untuk info lebih lanjut klik disini.

Bah apalagi lepasan-lepasan SPM pigila mencuba nasib, jangan lepaskan peluang ini. Okies

Selamat Datang ke SabahanInfo

Selamat datang ke website Sabahan Info di mana anda akan dapat Informasi terkini dari Sabah dan di seantero dunia. Blog ini sa buat saja untuk suka-suka bah untuk mengisi masa lapang. Banyak betul masa lapang ni sampai tidak tau apa mo dibuat lagi.