Thursday, March 3, 2011

Big Bang Meletup!


Sejak mereka kembali dengan mini-album, Big Bang yang merupakan kumpulan penyanyi lelaki yang popular di Korea telah menerajui carta muzik,carta TV malah iklan mereka laku macam goreng pisang. 

Walaupun baru 7 hari selepas pelancaran mini album mereka, hasil jualan telah mencapai 7 billion won ( anggaran $6.2 juta USD). Lebih menarik lagi kerana promosi kemunculan semula secara rasmi kumpulan ini belum lagi dilancarkan.

Seorang individu yang berpengalaman dalam industri muzik di Korea menyatakan, "Bing Bang telah mengutip sebanyak 8 billion won dalam jualan online dan melalui mobil. Sekiranya tren ini berlanjutan, mereka boleh mencapai keuntungan sehingga 30 billion won."


YG Entertainment menganggarkan hasil keuntungan yang diperolehi daripada konsert mereka iaitu "Big Show" dalam lingkungan 42 hingga 43 billion won (anggaran #37 million USD).

p.s: Pencapaian yang menakjubkkan. Beginilah hasilnya syarikat-syarikat dalam industri muzik Korea, bersungguh-sungguh dalam menjayakan sebuah kumpulan mahupun artis solo malah lagu-lagu yang dicipta menepati citarasa para pendengar masa kini. Industri muzik malahan drama dan filem Korea telah mencapai status yang tinggi di arena antarabangsa. Tidak hairan lah di Malaysia sekarang ini fenomena artis-artis Korea menjadi ikut-ikutan dari segi fesyen dan penampilan seseorang. Mungkinkah mereka yang terlibat secara lansung dalam industri ini di Malaysia dapat mencontohi Korea bagi mempertingkatkan lagi martabat industri muzik dan juga perfileman. Buli bah, Malaysia bulih!

No comments:

Post a Comment