Monday, March 21, 2011

Isu Plumbum di Sabah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Tidak cukup dengan bencana alam itu, Jepun dihantui pula dengan kebocoran reaktor nuklear yang boleh menyebabkan pencemaran radiasi berlaku. Sabah juga bakal menghadapi situasi yang sama kesan keracunan akibat daripada penggunaan bateri plumbum bagi kebanyakkan sekolah di luar bandar sekiranya berlaku kerosakan dan kebocoran. Bateri plumbum digunakan sebagai alternatif sumber eletrik di luar bandar yang mana capaian untuk bekalan eletrik adalah terhad.

Isu penggunaan bateri plumbum ini telah diutarakan oleh Ahli Parlimen Tenom, Sabah iaitu Datuk Raime Unggi yang membahaskan kesan yang akan berlaku sekiranya berlaku kerosakan dan kebocoran bateri plumbum. Adalah diharapkan agar siasatan terperinci dilakukan terhadap aduan yang diutarakan sebelum ini oleh dan banyak pihak mahu pihak yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan kesihatan dan ujian darah bagi setiap kawasan yang terlibat bagi melihat tahap keracunan dalam tubuh badan.

Pautan dari sabahkini.net di bawah merupakan ucapan Datuk Raime Unggi berhubung isu penggunaan plumbum di Sabah.

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=6479:semangat-antanom-membara-di-parlimen&catid=37:politik&Itemid=41

Pautan video klip dibawah ini merupakan laporan kesan-kesan keracunan plumbum.
http://www.youtube.com/watch?v=QQS24FguhrM

No comments:

Post a Comment