Perlawanan ke-6 Liga Super Malaysia, Sabah bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan yang berakhir Sabah dan Pahang berkongsi 1 mata. Sabah yang pada satu ketika mendahului 2-0 dikejutkan oleh pihak lawan dalam 20 minit akhir perlawanan dengan Pahang berjaya menyekat pungutan 3 mata penuh untuk Sabah. Walaupun kemenangan Sabah tersekat tetapi Gary, jurulatih Sabah optimistik bahawa Sabah akan bangkit dan dia akan mengatasi punca kekalahan pada perlawanan Selasa yang lalu yang mana pemain-pemain muda masih belum mendapat sentuhan permainan dan perlu dibantu oleh pemain senior mereka.
Gol-gol Sabah dijaringkan oleh Razlan Oto, minit ke-30 dan Leopold (Alfonso Otong) minit ke-68 . Manakala jaringan gol Pahang pula daripada R. Surendran pada minit ke-70 dan gol penyamaan dari Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-77.
p.s: Come on Sabah, bangkit semula dalam perlawanan seterusnya!
No comments:
Post a Comment