Wednesday, September 28, 2011

Piala Malaysia: Sabah vs Johor 27/09/2011

Tahniah kepada pasukan Sabah kerana berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas membelasah Johor dengan jaringan 4-1. Sebelum ini Sabah mengutip mata yang sama dengan Kedah dengan 7 mata dengan kelebihan jaringan 2 gol dari Kedah. Sabah amat memerlukan kemenangan pada perlawanan semalam dengan jaringan yang besar bagi mendahului Kedah dengan jaringan 2 gol sekiranya Kedah memenangi perlawanan dengan Perak namun keputusan seri 1-1 membolehkan Sabah selesa untuk ke perlawanan suku akhir bertemu dengan pasukan T-Team yang dijadualkan berlansung pada 4 atau 8 Oktober ini.

Namawee Panas dengan laporan seorang Editor Utusan


Berikut merupakan laporan dari Utusan Online yang membuatkan Namawee Panas.. Panas..

Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia. 

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini. 

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!


p.s: Alala.. alala.. kenapa ni apa yang sudah terjadi ni. Dengar-dengar kutipan Nasi Lemak 2.0 kini telah mencecah RM4.5 juta.. Box Office tu, di Malaysia la. Saya belum lagi berkesempatan untuk tengok filem ini, tapi tengok trailer dan sinopsis jalan cerita memang menarik.Kesian si Namawee, nampaknya kes kontroversinya dulu masih melekat di hati rakyat, bukan semua rasanya tapi kalau dah lekat tu mimang susah juga mo dilepaskan. Apapun majulah filem negara untuk rakyat!

Monday, September 26, 2011

Wanita nekad kejar, langgar peragut

JOHOR BHARU: Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, Cindy Tan, 52, yang bekerja sebagai jurujual sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki skuter Yamaha Ego.
Dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR-150 dari arah belakang sebelum lelaki berkenaan bertindak meragut beg tangan yang diletakkan di tempat letak kaki skuternya.
"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh.

"Lepas itu saya terus bangun dan ambil beg tangan saya lalu lari ke dalam restoran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda.

Cindy yang cedera pada tangan kiri dan kanan serta kakinya berkata itu kali kedua beliau diragut, di mana kali pertama dia diragut di Taman Megah Ria, Seri Alam pada 2005.
"Peragut berkenaan sudah ditangkap dan sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata semakan awal mendapati saspek tiada rekod kesalahan lampau.

"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan," katanya. - BERNAMA 

p.s: Nah baru tau kena penangan wanita kan dah kena. Siapa suruh, kotoh! meragut lagi karaja cuba la buat kerja-kerja yang halal. Ini apa kes bawa motor pigi meragut orang, nasib tia kena belasah teruk oleh orang ramai. Peh.

Wednesday, September 21, 2011

Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. 

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.

Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat. - Utusan


p.s: Maklumat bagi mereka yang masih belum tahu pasal penangguhan cukai perkhidmatan untuk talian prabayar. Kanapa la mo ditangguh kan bagus kalau dihentikan terus usaha untuk bagi cas perkhidmatan tu hohoho.

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

abdul rashid abdul rahmanKabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

sabah illegal immigrant"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

mahathir pc 260608 05Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.

sumber: Malaysiakini

p.s: Kalau betul la laporan dari Wikileaks ini tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan bukan sahaja untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan malah menghapuskan sama sekali projek IC palsu yang telah dibekalkan. Iya memang bukan mudah seperti mana yang kita tahu dari dulu lagi ramai tokoh-tokoh terkenal tempatan di Sabah cuba membawa isu ini ke Parlimen namun tiada inisiatif yang efisyen diambil oleh kerajaan. Ramai orang Sabah sendiri berpendapat kini mereka seperti bukan lagi tinggal di negeri sendiri tetapi seperti di negeri orang asing. Kebanjiran PTI ini amat menggusarkan para rakyat di Sabah. Banyak kes-kes jenayah yang berlaku melibatkan PTI dan ini tentulah akan memburukkan lagi keadaan keamanan di Sabah. Harap kerajaan tidak terlepas pandang isu ini. Semoga ada jalan penyelesaian untuk membanteras kejadian seperti ini tidak lagi akan berlaku.

Sunday, September 18, 2011

Penduduk tangkap ‘orang minyak’



KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar ‘orang minyak’.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit ‘mengejutkan’ keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.
Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.
“Selain bunyi dengusan kuat, saya juga terdengar bunyi orang mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian saya untuk keluar melihat.

“Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki muda bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik namun saya segera menyergah lelaki itu supaya beredar.

“Saya kemudian memberanikan diri membuka pintu rumah untuk menghalau dia dari situ tetapi dia seolah-olah membuka jurus pencak silat dan kelakuannya itu ternyata menyeramkan hingga memaksa saya mengejutkan suami, Ahmad Hashim,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Norlida berkata, lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah sebuah belukar tebal di belakang pangsapuri sambil dikejar oleh suaminya dan seorang jiran.
Ahmad yang juga seorang anggota tentera pula berkata, dia bersama jirannya mengejar sejauh 50 meter sebelum dapat menangkap lelaki itu yang cuba bersembunyi di dalam longkang besar berhampiran pangsapuri tersebut.

“Setelah menangkapnya, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu berkelakuan pelik apabila memintanya untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.

“Saya fikir dia mungkin pengamal ilmu hitam kerana berkelakuan pelik dan saya terus menghubungi pihak polis yang menahannya kira-kira pukul 3.30 pagi,” jelasnya.

Sementara itu, jurugambar Mingguan Malaysia, Zakaria Idris, 47, yang berada di tempat kejadian turut merasakan lelaki itu berkelakuan pelik dan tidak menyangkal kemungkinan, dia adalah pengamal ilmu sesat seperti ‘orang minyak’.

“Badannya tidak disapu minyak seperti ‘orang minyak’ tetapi darah yang keluar dari luka setelah ditangkap orang ramai itu dilumurkan ke seluruh badan. Malah mulutnya juga terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.
“Selain itu dia tidak banyak bercakap meskipun ditanya pelbagai soalan oleh penduduk,” jelasnya.
Difahamkan, kewujudan lelaki yang dipercayai tidak menetap di kawasan itu disedari awal pagi ini. Dia dilihat sedang berbogel di belukar terbabit namun tindakannya ketika itu tidak diambil peduli oleh penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan akan membuat siasatan lanjut.

“Kami masih menyiasat motif suspek dan kami percaya dia adalah pekerja kontrak di kawasan berhampiran,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengakui, wujudnya amalan ilmu hitam dalam masyarakat di negara ini.

“Dalam kes ini, saya tidak menolak lelaki terbabit itu pengamal ilmu hitam kerana jika dia adalah seorang pesakit mental, tentu tidak akan terus melarikan diri jika ternampak suami wanita itu.
“Ketika itu, dia mungkin dipengaruhi ‘ilmu’ yang dituntut menerusi kerjasama dengan jin atau syaitan, terutama sekali apabila menjadikan wanita sebagai sasaran,” ujarnya.


p.s: Apa da nak jadi dengan orang ini. Main telanjang-telanjang pula. Ahaks lucu juga. Apa kes belajar ilmu hitam macam begini bikin malu sama diri sendiri saja. Bagus lagi bekalkan diri dengan ajaran agama yang betul ataupun sekurang-kurangnya tambah ilmu di dada. Ini tidak tia pasal-pasal belajar ilmu hitam main telanjang bulat hohoho.. opss sori to say bukan mengata tapi ianya realiti. Peace Bro!!

Tuesday, September 13, 2011

Buaya gergasi baham antelop


PAOLO TORCHIO berjaya merakamkan gambar seekor buaya sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop di sebatang sungai di Taman Negara Maasai Mara di Kenya.


TAMAN NEGARA MAASAI MARA, Kenya - Seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop seberat 136 kilogram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Aksi buaya itu membaham haiwan tersebut sempat dirakamkan oleh jurugambar terkenal, Paolo Torchio dari Itali di sebatang sungai di sini.

Menurut Torchio, kejadian tersebut menyebabkan seseorang itu berfikir bahawa betapa kecilnya diri kita dalam dunia haiwan.

Sungai itu dipenuhi dengan bangkai haiwan yang mati semasa ia cuba untuk berhijrah dari Tanzania ke Kenya.

Dua minggu lalu, sekumpulan penduduk di bandar Bunawan, Filipina berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 6.1 meter hidup-hidup.

Buaya itu kini ditempatkan di sebuah kurungan dan ia dipercayai buaya paling besar pernah ditangkap hidup-hidup di dunia. - Agensi

sumber: Kosmo Online

p.s: Betul kah ni? 6.4 meter besar tu kalah yang di Filipina.