Friday, September 9, 2011

Tidak dapat jadi guru: Lelaki hidap HIV/AIDS fail saman

BEIJING 9 Sept - Seorang lelaki yang menghidap HIV/AIDS, memfailkan saman diskriminasi terhadap pihak berkuasa tempatan hari ini kerana enggan mengambilnya sebagai guru sekolah rendah.
Jika kesnya diterima oleh mahkamah, maka ia merupakan tuntutan kedua kes diskriminasi di negara China, di mana orang-orang yang dijangkiti HIV/AIDS sering didiskriminasikan walaupun sikap terbuka semakin meningkat.

Plaintif yang berusia 27 tahun itu dan dikenali sebagai Xiao Hai memaklumkan media AFP bahawa dia lulus dalam ujian dan temubual untuk pekerjaannya di barat daya wilayah Guizhou pada April lalu tetapi ditolak permohonan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Mereka memaklumkan yang permohonan saya tidak diterima kerana didapati keputusan ujian kesihatan menunjukkan positif bagi HIV/AIDS.” katanya.

Tambahnya, Xiao Hai telah memfailkan tuntutan mahkamah semalam terhadap pihak berkuasa sumber manusia di wilayah Sandu Shui. – AFP

sumber: Utusan Online

p.s: Ini kes berlaku di China, macamana pula kalau ia berlaku di Malaysia. Adakah orang itu akan diterima? Fikir-fikirkanlah.

Perbit Bantah Telco Kenakan Caj Enam Peratus Pembelian Kad Tambah Nilai

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi (KPKK) dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

"Timbalan Menteri KPKK Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan," katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit katanya, akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

-- BERNAMA

p.s: Nah Caj 6% untuk mo membeli prepaid, abis lah kenapa lagi mo menyusahkan para pengguna. Kalau mo beli prepaid RM10 kena tambah 0.60sen adeh, leceh la mo sediakan dan simpan duit syiling ni. Selalu bagi RM10 trus cau ni kali la duit syiling amat diperlukan. Kita tunggu dan lihat respon dari pihak-pihak tertentu mesti ada yang membantah lagi cadangan ini. 

Thursday, September 8, 2011

47% guna perisian haram


SINGAPURA – Hampir separuh daripada pengguna komputer peribadi dunia (PC) atau 47 peratus memiliki perisian menerusi cara haram dan di negara-negara membangun, angka-angka itu lebih tinggi.

Peneraju global utama untuk industri perisian, Business Software Alliance (BSA), semalam mengumumkan penemuan kajian yang dikendalikan oleh Hal Ehwal Awam Ipsos ke atas kira-kira 15,000 pengguna PC di 32 buah negara.

Kajian itu mendapati sebahagian besar pengguna komputer di dunia membangun biasanya memiliki perisian menerusi cara yang tidak sah, seperti membeli lesen tunggal untuk satu program dan kemudiannya memasangnya kepada pelbagai mesin atau memuat turun daripada rangkaian negara-ke-negara.

Daripada 32 negara yang dikaji selidik, sembilan di rantau Asia Pasifik dan antaranya ialah China, Vietnam, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan didapati berada pada 10 kedudukan teratas kadar cetak rompak individu di kalangan negara yang dikaji selidik.


p.s: Adeh.. kes cetak rompak perisian haram ini bukan kes baru. Memang sukar dibendung lebih-lebih lagi di negara membangun. Bukan semua orang dapat beli perisian yang original, lagipun harga perisian mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Orang yang gaji kecil memang tak termampu mo beli jauh sekali niat dihati mo membeli. Tapi kalau memang dah minat or yang yang mo digunakan atas nama company memang patut beli yang ori. Hilang integriti satu company kalau ditangkap pakai perisian haram.

Cut Tari telah meninggal?

Ramai terkejut khabar angin Cut Tari meninggal
JAKARTA: Nama Cut Tari kembali menjadi perbicaraan ramai di laman sesawang sosial dan Internet. Bukan kerana kaitan dengan video lucah tetapi selebriti itu dikhabarkan sudah meninggal dunia.
Khabar mengejutkan itu dikatakan bermula daripada pesanan melalui Blackberry Messenger (BBM) yang tersebar, semalam.

“Innalillahi wa’inna Ilaihi Rajiun. Berita sedih mengenai artis Indonesia yang terlibat dengan kes video lucah, Cut Tari, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Medistra Tebet, Jakarta jam 2.27 petang tadi. Cut Tari dibawa ke hospital satu jam sebelum itu selepas tidak sedarkan diri. Pihak hospital belum mengesahkan punca kematiannya kerana keluarga Cut meminta supaya mayatnya dibedah siasat.” Sejurus selepas itu timbul kekecohan di kalangan pengguna Twitter apabila ramai yang bertanya mengenai kesahihan khabar itu.
“Benarkah Cut Tari meinggal? tulis seorang pengguna, @WinnyPatty.

Bagaimanapun, pihak pengurusan artis terbabit menafikan khabar itu. Pemilik akaun @icontalentmgmt, menjelaskan Cut sihat-sihat saja dan kini menjalani penggambaran program televisyen.

“Berita sedih mengenai Cut Tari itu tidak benar kerana waktu ini dia sibuk menjalani penggambaran,” tulis @icontalentmgmt menafikan khabar duka itu. - Agensi

p.s: Adakah ini merupakan satu publisiti yang dibuat oleh pihak tertentu agar dapat meraih populariti seseorang artis? Mungkinlah macam tidak biasa. Selepas keluar berita ini pasti ramai orang akan mengoogle siapa kah Cut Tari hehehe.

Wednesday, September 7, 2011

Biggest Crocodile Ever Caught?


Caught alive after a three-week hunt, an allegedly 21-foot-long (6.4-meter-long) saltwater crocodile—the biggest crocodile ever caught in the Philippines—is restrained on September 4, according to the Associated Press.

The 2,369-pound (1,075-kilogram) crocodile is suspected of attacking several people and killing two. The animal, named Lolong, survived capture and is being held in a temporary enclosure in the village of Consuelo, near Bunawan township (map).

Federal wildlife officials are trying to confirm whether the reptile is the largest crocodile ever captured, Theresa Mundita Lim, of the Philippines' Protected Areas and Wildlife Bureau, told the AP.

The Guinness Book of World Records lists a 17.97-foot-long (5.48-meter-long), Australian-caught saltwater crocodile as the largest in captivity.

Yet herpetologist Brady Barr, host of the National Geographic Channel show Dangerous Encounters, said such claims rarely check out. (The National Geographic Society part-owns the Channel and wholly owns National Geographic News.)

"I'd be surprised if it was truly six meters," Barr told National Geographic News, adding that a scientist would need to verify the claim.

Alligator biologist Allan Woodward agreed. "There's never been a crocodile longer than approximately 18 feet [5.5 meters]," said Woodward, of the Florida Fish and Wildlife Conservation Commission. "That would be an exceptional jump."

As for whether the crocodile is the perpetrator of the attacks, it's impossible to know unless the animal is killed and cut open, Barr said. Officials did induce the animal to vomit, which produced no human remains.

"It's great they didn't kill it," Barr said. "That's commendable [and] very rare."

Tuesday, September 6, 2011

QPR ingin David Beckham sertai mereka

Pemilik Queen Park Rangers yang baru, Tan Sri Tony Fernandes bercadang untuk membawa semula bekas pemain England, David Beckham untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris. Fernandes mahu Beckham berada di Loftus Road sejurus kontraknya tamat dengan LA Galaxy musim ini. Walaubagaimanapun harga yang diletakkan ke atas Beckham tidak akan datang dengan murah. Tetapi Fernandes percaya jualan baju dan barangan lain akan meliputi sebahagian besar yuran pemindahan beliau.

p.s: Relevan atau tidak relevan terpulanglah kepada tuan punya badan yang bercadang membawa David Beckham ke Liga Perdana Inggeris. Mungkin ini peluang terakhir Beckham menunjukkan yang dia masih lagi berkebolehan dan kemahirannya masih diperlukan dalam skuad bola sepak England.

Anak Krisdayanti Mirip Suaminya, Raul Lemos



Pasangan ini memulakan perjalanan hidup sebagai suami isteri pada Mac lalu. Sebelum ini Krisdayanti telah mencetuskan kontreversi bercium di khayalak ramai dengan Raul Remos sebelum bergelar suami isteri dan mengumumkan berita tergempar yang dia sedang mengandung anak Raul Remos 4 bulan sebelum bernikah. Untuk meredakan keadaan, Kris Dayanti telah meminta maaf kepada peminat dan rakyat Indonesia. Kris Dayanti melahirkan anaknya di Hospital Mitra Kemayoran, Jakarta pada jam 1:45 petang, tanggal 4 September 2011. Aryana Amora Lemos itulah nama yang diberikan kepada bayi pasangan tersebut.