KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemilik kenderaan yang tidak memasang tali pinggang keselamatan ketiga mulai Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Leslie Leon berkata, pemilik kenderaan yang masih belum memasang tali pinggang keselamatan ketiga di tempat duduk belakang penumpang kenderaan perlu berbuat demikian sebelum awal tahun hadapan.
''Proton dan Perodua mengadakan kempen pemasangan tali pinggang keselamatan ketiga untuk kenderaan keluaran mereka secara percuma untuk tiga tahun sebelum ini bermula 2009 sehingga 2011, tetapi malangnya masyarakat masih memandang sepi perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini.
Leslie Leon berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Proton dan Perodua yang melaporkan jumlah pengguna kedua-dua jenis kenderaan itu yang memasang tali pinggang keselamatan ketiga masih rendah.
Proton melaporkan hanya 17.68 peratus pengguna kenderaannya telah memasang tali pinggang keselamatan ketiga, manakala pengguna Perodua mencatat pemasangan sebanyak 43 peratus sahaja setakat ini. - Bernama
p.s: Nah siapa yang belum pasang tali pinggang keselamatan di bahagian penumpang belakang bagus pasang la nanti tidak pasal-pasal kena saman oleh polis.
No comments:
Post a Comment