Wednesday, November 2, 2011

Minyak B5 diperluas


HAMZAH (dua dari kiri) mengisi minyak diesel B5 sebuah kereta sambil diperhatikan Beng Chuan (kiri), Nurmala (dua dari kanan) dan Yuen May (kanan sekali) pada Majlis Pelancaran Biodiesel Sawit B5 peringkat negeri Selangor di Puchong semalam.


PUCHONG – Pengguna kenderaan diesel kini boleh menggunakan minyak biodiesel (B5) berasaskan kelapa sawit di 1,150 buah stesen minyak di lima negeri sejak Jun lalu. 

Lima negeri tersebut adalah Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata, ia dijual pada harga RM1.80 seliter dan B5 setanding diesel fosil sedia ada selain menepati spesifikasi biodiesel antarabangsa.

“Kita lihat sambutan amat menggalakkan apabila 6,587 tan minyak biodiesel digunakan setiap bulan oleh kenderaan berasaskan diesel. 

“Ini menunjukkan gaya hidup masyarakat telah berubah dalam mementingkan alam sekitar,” katanya selepas melancarkan Program B5 peringkat negeri Selangor di sini semalam.


p.s: Akhirnya minyak sawit telah diformulasi untuk digunakan dalam enjin kereta sebagai pengganti diesel fosil. Lebih mesra alam itu yang paling penting. Bila la kunun minyak B5 mo sampai di Sabah. Harap proses formulasi minyak sawit ini dapat dibuat di Sabah biar ada loji dan kilang sendiri sebab logiknya Sabah merupakan salah satu pengeluar kelapa sawit yang terbesar di Malaysia. Nah kepada pengguna kereta enjin diesel adakah anda bersedia menggunakan minyak B5? Kita tunggu B5 sampai di Sabah.

No comments:

Post a Comment