Wednesday, June 8, 2011

Pemuda jalanan menuju puncak kejayaan


Kisah pemuda dari Korea, Selatan Sung-Bong Choi,22 tahun.  Sejak berumur 3 tahun berada di rumah anak-anak yatim dan lari dari rumah anak yatim ketika berumur 5 tahun kerana tidak tahan dipukul oleh orang-orang di sana. Menjual gula-gula getah dan minuman bertenaga dijalanan untuk menyara kehidupannya selama 10 tahun. Tidak ada tempat tinggal yang tetap, tidur di tangga ataupun di tandas awam. Tetapi dia mempunyai keazaman memperbaiki dirinya walaupun tidak mendapat pelajaran secara formal sebelum ini tetapi dia telah mengambil ujian GED untuk mendapat sijil persekolahannya dan buat pertama kalinya pergi ke sekolah tinggi untuk menyambung pelajarannya.

Tetapi Tuhan telah mengurniakan dia suara yang unik dan mampu memukau para penonton yang mendengarnya. Tidak pernah mengambil kelas vokal, Choi hanya mendengar dari vokalis di sebuah pub dan berlatih sendiri. Dengan keazamannya ketika membuat persembahan di rancangan realiti, Korea Got Talent, membuatkan para juri dan penonton kagum dan menitiskan air mata, meremang bulu roma dan  terharu dengan persembahannya.

Kisah ini menjadi inspirasi kepada mereka yang menganggap diri mereka dilanda kesusahan yang merasakan mereka tidak mempunyai harapan untuk meneruskan kehidupan. Choi telah merasai keperitan hidup dalam 10 tahun kehidupannya. Walaupun tidak mendapat kasih sayang dari kedua ibubapanya dia tetap meneruskan kehidupannya

No comments:

Post a Comment