Monday, June 20, 2011

DJ Othoe resigned from Suria FM

Oleh : MEDIA PBRS
NEGERI Sabah harus mempunyai garis panduan tersendiri dalam soal hak penyiaran terutama membabitkan produk seni tempatan dan berperanan melindungi hasil seni tempatan dari dipinggirkan oleh pihak yang tidak peka dengan kedudukan industri seni di negeri ini.

Ketua Penerangan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Rozie Jumat berkata, PBRS mengambil serius luahan yang dibuat oleh Andrew Impongan yang lebih dikenali sebagai DJ Othoe terhadap pengurusan radio Suria FM yang didakwanya meminggirkan lagu-lagu tempatan citra Sabah.
“Harus diingatkan bahawa tidak akan ada bezanya mana-mana saluran radio sama ada dari semenanjung mahupun Sabah jika tidak memahami budaya pendengar Sabahan,” ujarnya yang memberi reaksi sepontan kepada dakwaan DJ Othoe melalui kenyataan akhbarnya.

Kita tidak mahu kecenderungan radio-radio dari semenanjung yang memancing kita dengan memberi keutamaan kepada lagu-lagu tempatan, namun apabila mereka merasakan kedudukan mereka selesa, maka mereka menukar haluan dengan mulai meminggirkan lagu-lagu karya anak Sabah.

“Pengusaha radio swasta sepatutnya peka dengan keunikan pendengar radio di Sabah,” katanya. Tambahnya, kehadiran beberapa saluran radio swasta dari semenanjung yang dikatakan popular mengembangkan sayap ke Sabah, sememangnya telah meningkatkan semangat dan motivasi pengkarya seni di negeri ini.

“Mereka merasa tercabar dengan kehadiran radio-radio ini dan artis-artis Sabah bersaing sesama mereka untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Artis Sabah merasakan inilah platform terbaik bagi mereka mengembangkan bakat dan seni mereka.”Namun kata Rozie, malangnya dakwaan DJ Othoe itu sangat serius dan sekaligus boleh melemahkan semangat karyawan tempatan. “Jangan katakan karya anak seni Sabah tidak berkualiti kerana radio-radio swasta yang mendendangkan lagu dari Sabah sering berkumandang di restoran restoran dan sangat disukai ramai. Lagu-lagu tempatan inilah pengusaha restoran, memasang radio swasta di premis mereka,” katanya

“Kita minta kerajaan Sabah mengamblil berat dan mengkaji kesan baik buruknya kewujudan radio swasta ini sama ada memberi kebaikan kepada perkembangan seni atau sebaliknya. “Sepatutnya saluran saluran radio ini membantu karyawan seni Sabah kerana mereka mempunyai versi sendiri. Dalam pada itu katanya, mungkin sudah tiba masanya sebuah stesen radio swasta di wujudkan di negeri ini mengikut versi sendiri. Apatah lagi pada ketika ini sudah begitu banyak radio dalam talian yang diwujudkan di negeri ini dengan dikendalikan oleh anak-anak tempatan dan mempunyai ramai pendengar.

“Kita yakin radio itu pasti menjadi lebih popular dan lebih banyak membantu mengembangkan kesenian Sabah yang tersendiri selain menjadi wadah kepada sumber maklumat terkini. “Kita sangat berbangga dengan semangat kamikaze DJ Othoe yang sanggup mengorbankan kariernya semata-mata mempertahankan artis tempatan Sabah. Semoga rezeki beliau terus berkembang demi maruah anak seni Sabah”. Kepada pengiat seni Sabah, kata Rozie, sudah tiba masanya persatuan yang mewakili mereka lebih vokal dan bersatu padu agar kedudukan mereka sebagai artis di negeri ini tidak mudah dipermainkan.

Kata Rozie lagi, beliau juga menerima banyak aduan serta rintihan dari artis tempatan Sabah yang bila digandingkan dengan artis artis semenanjung sering tidak dibayar seperti mana yang dijanjikan. “Artis tempatan dijadikan artis pembuka, jika dibandingkan dengan artis-artis semenanjung artis tempatan, sebenarnya lebih diminati. Tetapi malangnya pihak penganjur konsert menganggap mereka sebagai artis percuma dan mereka sepatutnya bersyukur kerana diberikan peluang berkongsi pentas dengan artis dari semenanjung.

“Ingatlah bahawa artis Sabah ramai yang bersungguh sungguh dalam bidang ini dan mereka juga sebenarnya adalah pejuang seni,” Dalam pada itu juga, Rozie berkata bahawa saluran 180 TVi sepatutnya memberi lebih banyak peluang kepada produksi Sabah. Namun yang berlaku ialah, baik di RTM sendiri kebanyakan slot untuk Sabah diambil oleh produksi dari semenanjung. “Berilah peluang kepada penggiat seni di Sabah dan PBRS sangat yakin dengan mengendalikan produksi sendiri kami sangat yakin penduduk Sarawak dan Semenanjung akan lebih mengenali Sabah seperti mana yang disarankan dalam konsep 1Malaysia,” katanya.

Antara kenyataan dari DJ Othoe:


"sukar memartabatkan hiburan tempatan sepertimana yang dilakukan sebelum ini"

"Kalau dahulu di Kuala Lumpur dalam Segmen Suria Pagi Kinabalu, saya diberi kebebasan untuk memutarkan lagu-lagu tempatan dan seterusnya memartabatkan penyanyi Sabah"

"Apabila ditukar ke mari (Sabah), saya dapati pemilihan lagu lebih kepada pihak pengurusan di mana hanya 3 hingga 4 lagu tempatan sahaja diputarkan berbandingkan dahulu"

"Kalau dahulu mereka (Suria FM) boleh dikatakan menyerahkan 100 peratus kepada saya dalam pemilihan lagu dan bebas untuk menyampaikan konti"

"Corak pemilihan lagu lebih tertakluk serta sudah dipilih melalui sistem yang mengutarakan lagu berulang ulang dan kurang lagu tempatan diputar. Jadi kalau ini berterusan saya rasa ia adalah tidak baik untuk perkembangan arena muzik di sini."


p.s:  Alaa.. tiada lagi keceriaan macam begini kalau DJ Othoe tiada di Suria FM. Saya bukanlah pendengar radio yang setia tetapi bila saja dengar si DJ Othoe bercakap memang terasa best,terhibur dengan caranya sendiri ditambah lagi dengan slang Sabahannya yang memang original. Tidak apalah DJ Othoe, mungkin ada platform yang lebih baik untuk DJ Othoe, manatau buli bikin Stesen Radio sendiri. Bermula secara kecil-kecilan macam sekarang ni guna radio online, banyak tu DJ2 tempatan sekarang pakai tu. Apapun all da best DJ Othoe, akan mengikuti perkembangan terbaru dari anda.

No comments:

Post a Comment