Wednesday, October 13, 2010

Jurarawat hilang djumpai mati dibunuh



Kota Kinabalu: Mayat Annie, jururawat 39, ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam sebatang parit sedalam 3 kaki berhampiran bulatan di Lorong Ujana Kingfisher pagi semalam ( selasa ). Terdapat kesan cedera di kepala akibat dipukul dgn belantan. Gelang kaki emasnya tidak diusik
langsung termasuk pakaiannya ditemui berhampiran mayatnya.

Polis juga mengesahkan terdapat kesan darah pada kerusi penumpang depan dan juga pada tingkap kereta mangsa. Menurut kakitangan OUM, Annie mengambil kursus ijazah jarak jauh dalam kejururawatan dan telah ke OUM sabtu lepas, sekitar jam 10am dia bersama rakan-rakannya yang mana kelas biasanya bemula pukul 8 pagi hingga 3 petang, iaitu pada hari dia dilaporkan hilang.

Polis telah menahan tunangan mangsa yang berusia 41 tahun bagi membantu siasatan. Setakat ini pihak Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah seksyen 302 kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ini mesti kejadian kes rogol dan bunuh. Beginilah sikap manusia yang tidak mempunyai perikemanusiaan. Saya paling tidak suka orang macam begini. Ada akal tapi tidak pandai pakai. Nafsu tinggi kalah lagi nafsu kuda kalau gian sangat mo melepaskan nafsu pigi sana Kg. Air d KK banyak tu ayam-ayam mo mencari mangsa. Takziah diucapkan kepada family mendiang Annie John. 

Diharap mereka dapat bersabar dan kepada pihak polis jalankan tugas anda sebaik-baiknya. Hukum si penjenayah dengan seadil-adilnya ,orang seperti ini membahayakan masyarakat setempat, takut nanti ada lagi kes seperti ini. Nasihat kepada para wanita, sekiranya anda keluar pergi mana-mana jangan keluar bersendirian. Kalau ada orang yang tidak dikenali mo menumpang kereta anda, Jangan sesekali berhenti lebih-lebih lagi kalau anda berseorangan. Fikir secara bijaksana, banyak manusia bertopengkan syaitan di luar sana.

No comments:

Post a Comment