
Bsuk mo hari Merdeka tapi sekali dipandang, macam lansung tiada kemeriahan untuk menyambut Hari Kemerdekaan di Kota Kinabalu. Dulu banyak kereta dilekatkan dengan bendera-bendera Malaysia tapi sekarang buli lagi dikira pakai tangan. Apa dah jadi? Mungkin jugalah sambutan hari Kemerdekaan ini ditenggelami dengan sambutan bulan Ramadan. Iyaa itu la orang bilang tapi kita jangan lupa juga dengan perjuangan orang yang bersusah payah memerdekakan Malaysia.
Tapi.. ada tapi dia. Pembentukkan Malaysia bukanlah jatuh pada tanggal 31 Ogos 157. Tarikh berkenaan merupakan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu dikenali sebagai Malaya dan dikenali sebagai Semenanjung Malaysia pada ketika ini. Tarikh sebenar pembentukkan Malaysia adalah pada 16 September di mana Sabah dan Sarawak baru mendapat Kemerdekaan, join sekali sama-sama Tanah Melayu. Jadi 16 September dijadikan sambutan Hari Malaysia, yey Public Holiday lagi.
Buat rakyat Malaysia sekalian, sempena Hari Kemerdekaan ini saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat kali ke 53.. Merdeka..Merdeka..Merdeka. Uiks Patriotik btul sa hari ni heh..
No comments:
Post a Comment