Monday, June 14, 2010

Pelakon Komedi ditangkap ketika Khayal?

Ehem pelakon komedi popular, musti kamu orang tau sudah ni siapa ni orang..ndak payahlah sa bagitau disini. Mo klu? Alah orang ini selalu menang anugerah Pelakon Komedi Popular Berita Harian tu...tau sudah kan. Well pengajaran dia, jangan lah kita libatkan diri kita daripada musuh no. 1 negara iaitu dadah. Bahaya!! kalau sudah ketagih tu nah mimang susah mo dilepaskan. Jadi jangan main-main dengan benda-benda macam begini, nanti padahnya diri sendiri juga terasa. Hopefully pelakon komedi selepas ni tulunglah insaf, faham-faham la keburukkan menagih dadah ini. Berikut merupakan petikan berita dari Berita Harian online hari ini.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon komedi dan lima rakannya kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini, semalam.

Difahamkan, pelakon komedi berusia 41 tahun itu diberkas bersama lima rakannya termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an ketika di bawah pengaruh dadah oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya

Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati mereka semua positif dadah. Difahamkan, dalam serbuan jam 10 malam itu polis turut merampas beberapa gram daun kering dipercayai ganja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, ketika mengesahkan penahanan itu berkata pelakon terbabit bersama rakannya ditahan hasil maklumat awam dan risikan.

“Kita percaya dadah itu untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk diedarkan berikutan jumlahnya yang kecil. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata mereka kini direman sehingga 16 Jun untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Justeru, saya memohon orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

No comments:

Post a Comment