Tuesday, July 6, 2010

Demam Piala Dunia 2010, Banyak kejutan!

Iyaaa.. football fever hampir sampai kemuncaknya dan banyak aksi-aksi, keputusan-keputusan yang mengejutkan terutamanya buat pasukan pilihan yang dijangkakan memenangi perlawanan dalam piala dunia kali ini.

Juara bertahan Itali salah satu pasukan pilihan yang tersingkir awal dalam pusingan kelayakan kumpulan. Selepas itu Perancis pula juara piala dunia tahun 1998 dikejutkankan dengan pemain-pemainnya memboikot jurulatih mereka disebabkan rasa tidak puas hati dengan cara kendalian jurulatih mereka.

Juara 5 kali piala dunia dan pasukan favorite untuk ke perlawanan akhir iaitu Brazil kandas dalam pusingan suku akhir, kalah kepada Belanda yang membuat kejutan dengan menjinakkan Brazil, 2-1 cukup mengejutkan banyak pihak. Memang tidak disangka banyak kejutan begitulah ragam-ragam piala dunia.

Kini piala dunia masuk ke pusingan separuh akhir dengan 4 kumpulan meneruskan perjuangan. Sepanyol,Jerman,Belanda dan Uruguay, manakah satu pilihan pasukan anda. Hohooho.. saya pilih Sepanyol la walaupun Jerman pada masa kini mempunyai kelebihan dari segi speed and stamina but tidak mustahil Sepanyol boleh merobek gawang dengan counter-attack mereka. Harap-harap Sepanyol masuk final la selepas team saya satu lagi Brazil kecewa di pertengahan jalan.. Adeh, keciwa daku..

No comments:

Post a Comment