Iyaa.. tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari bersejarah bagi Malaysia di mana pada masa itu Malaysia mendapat kemerdekaan sepenuhnya dari kerajaan British. Sangat-sangat bersyukur la dapat hidup di Malaysia di mana rakyatnya hidup aman dan makmur. Walaupun pada hakikatnya belum lagi mencapai status 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Konsep 1Malaysia, bolehkah rakyat Malaysia menerimanya. Heh buli bah klu kau.. masing-masing ada pandangan sendiri ada yang setuju ada yang tak berapa setuju mahupun yang tak setuju lansung. Apapun sa tengok di Sabah konsep ini mimang bulih diguna pakai, tengok ja la penduduknya yang berbilang kaum dan berlainan agama tapi tetap hidup dalam keadaan harmoni.
Bsuk mo hari Merdeka tapi sekali dipandang, macam lansung tiada kemeriahan untuk menyambut Hari Kemerdekaan di Kota Kinabalu. Dulu banyak kereta dilekatkan dengan bendera-bendera Malaysia tapi sekarang buli lagi dikira pakai tangan. Apa dah jadi? Mungkin jugalah sambutan hari Kemerdekaan ini ditenggelami dengan sambutan bulan Ramadan. Iyaa itu la orang bilang tapi kita jangan lupa juga dengan perjuangan orang yang bersusah payah memerdekakan Malaysia.
Tapi.. ada tapi dia. Pembentukkan Malaysia bukanlah jatuh pada tanggal 31 Ogos 157. Tarikh berkenaan merupakan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu dikenali sebagai Malaya dan dikenali sebagai Semenanjung Malaysia pada ketika ini. Tarikh sebenar pembentukkan Malaysia adalah pada 16 September di mana Sabah dan Sarawak baru mendapat Kemerdekaan, join sekali sama-sama Tanah Melayu. Jadi 16 September dijadikan sambutan Hari Malaysia, yey Public Holiday lagi.
Buat rakyat Malaysia sekalian, sempena Hari Kemerdekaan ini saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat kali ke 53.. Merdeka..Merdeka..Merdeka. Uiks Patriotik btul sa hari ni heh..
No comments:
Post a Comment