Wednesday, April 25, 2012

Perempuan Plastik Serupa Patung Barbie


Valeria Lukyanova seorang wanita yang telah menjalani beberapa proses pembedahan plastik telah mengubah wajahnya seperti anak patung Barbie Doll. Beliau mempunyai mata berkaca besar, pinggang kecil, berambut perang lurus dan mempunyai buah dada yang besar.

Penampilan aneh Lukyanova membuatkan sesetengah orang mendakwa bahawa dia telah membuat penipuan dengan mengedit gambarnya menggunakan photoshop untuk mendapatkan hasil yang terperinci . Halaman Facebook beliau, bagaimanapun, penuh dengan gambar model tanpa solek beliau menjadikan ia kelihatan bahawa model ini memang sebenar.







Berminat dengan perempuan Barbie Doll ini a,.k.a perempuan plastik?. hohoho kalau mo tengok koleksi gambar dia boleh pigi sini http://vk.com/photos4926666 atau  kalau mo kasi jadi dalam friend facebook http://www.facebook.com/ValeriaLukyanova.

Monday, April 16, 2012

Sumbangan Bantuan Makanan di Sabah



PENDUDUK miskin dari 20 kampung luar bandar di Sabah akan mendapat bantuan 50,000 paket makanan istimewa yang disediakan petugas Murphy Oil Malaysia melalui program membasmi kelaparan dan kemiskinan.
Penerimanya termasuk mereka yang tinggal di Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kudat, Tuaran, Tamparuli dan Nabawan, kata syarikat itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Baru-baru ini, kira-kira 100 petugas syarikat berkenaan dan anggota keluarga mereka membungkus makanan berasaskan bijirin yang dinyahhidratkan, dengan setiap paket mengandungi enam hidangan terdiri daripada beras putih panjang, tepung soya, sayur-sayuran campur, dan 21 vitamin serta bahan mineral perlu. Hidangan yang dinyahhidrat itu mempunyai tempoh hayat tiga tahun.
Syarikat itu berkata inisiatif tersebut dilaksanakan melalui Food For The Hungry International, Sabah, Malaysia (FHI Malaysia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang melaksanakan program untuk kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.
Naib Presiden Murphy Oil Malaysia John James berkata syarikat itu menganjurkan kegiatan kesukarelaan sebagai cara "untuk meningkatkan kualiti hidup dengan memberi khidmat kepada komuniti tempat tinggal kita." (Bernama)

Thursday, April 12, 2012

Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan bahawa wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai.
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata wang kertas siri baru itu yang bertemakan 'Keunikan Malaysia' terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. 

"Wang kertas RM50 dalam siri ini telahpun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran," kata BNM. 

Bank Negara berkata dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru ini, ia telah bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lepas, untuk memudahkan peralihan yang lancar.



"Beberapa sesi perbincangan dan interaksi dengan pihak berkepentingan tersebut telah diadakan bagi memastikan ketersediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baru," kata bank pusat itu.

sumber: MetroOnline 

p/s: Nah tunggu dan lihat sajala duit kertas Malaysia yang terbaru nanti

Wednesday, April 4, 2012

Harga RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 seliter

Harga petrol gred RON97 akan naik 10 sen mulai tengah malam ini - meningkat daripada RM2.80 kepada RM2.90 seliter.

Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.

Persatuan Peniaga petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin mengesahkan ini.

Minggu lepas, kerajaan persekutuan mengumumkan ia telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.

Ini adalah kerana kerajaan persekutuan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi.

RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan.

Kenderaan pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan minyak RON95.


sumber: Malaysiakini


p/s: Naik lagi minyak RON97 nasib RON95 tidak naik tapi lambat laun akan naik juga ni. Deh.

Tuesday, April 3, 2012

Cium Telinga Punca Hilang Pendengaran


NEW YORK – Seorang profesor audiologi mengenal pasti lebih 30 orang hilang pendengaran selepas dicium di telinga dan jumlah itu berkemungkinan lebih ramai.
Penyelidik dari Universiti Hofstra di Hemstead, New York, Dr Levi Reiter berkata seorang wanita menemuinya kerana kehilangan pendengaran selepas anaknya berusia lima tahun menciumnya di telinga, lapor MSNBC.com yang dipetik akhbar Korean Herald.
Reiter berkata beliau menyangkakan pada ketika itu kes wanita itu sangat unik tetapi kemudian beliau mendapati kes yang sama pernah berlaku sekitar 1950 an.

Selepas akhbar Long Island melaporkan penemuannya, beliau turut menerima maklum balas daripada orang ramai yang mengalami masalah sama.
Reiter berkata sedutan kuat pada gegendang daripada ciuman menarik rantaian tiga tulang kecil dalam telinga yang mengakibatkan gegaran di dalam cecair koklea atau di dalam telinga.
Beliau berkata mungkin lebih banyak kes kehilangan pendengaran seumpama ini terjadi kepada bayi dan kanak-kanak bagaimanapun ibu bapa mungkin tidak mengaitkannya dengan ciuman.
Kehilangan pendengaran sehala disebabkan hembusan ke telinga, bunyi bising seperti letupan bunga api di atas kepala atau penggunaan putik kapas yang ditolak terlalu dalam, kata Reiter.
Beliau turut bercadang untuk menghantar penemuan berkenaan kepada Jurnal Audiologi Antarabangsa dan Jurnal Otorhinolaringologi Kanak-kanak Antarabangsa. – Agensi.
p/s: Apa kes ni cium telinga? Kalau cium boleh bikin kasi tulu orang ka? LoL. Tapi mengikut kata pakar mimang bulih bikin tuli so pengajaran dia jangan la cium telinga.

18 syor dipersetujui, empat ditolak: Penambahbaikan Proses PRU

KUALA LUMPUR: Syor-syor yang dipersetujui semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:

1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos. 2. Pengundi luar kawasan.

3. Tarikh pembubaran Parlimen.

4. Kerajaan sementara (caretaker government).

5. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

6. Akses media yang bebas dan saksama.
7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan.

8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.

9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

10.Penggunaan alamat selain alamat pemastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.

11.Memperkasakan kedudukan SPR.

12.Penstrukturan dan pengukuhan SPR.

13.Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.

14.Pengasingan fungsi utama SPR.

15.Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak.

16.Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.

17.Peruntukan dana kepada parti politik

18.Sistem pilihan raya baru.

Syor-syor yang tidak mendapat persetujuan sebahagian ahli jawatankuasa:

1. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.

2. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.

3. Memanjangkan tempoh berkempen.

4. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.


p/s: Diharap selepas penambahbaikan Proses PRU ini akan dapat meningkatkan jumlah pengundi yang akan mengundi pada PRU akan datang dan proses pengundian berjalan dengan telus, adil dan saksama serta jauh daripada skandal rasuah mahupun sabotaj.

Safee Sali ceraikan Sabrina


WAJAH Sabrina dan Safee selepas selesai prosiding perceraian mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Pemain bola sepak termahal negara, Safee Sali yang ketika ini mewakili kelab Pelita Jaya FC di Indonesia sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.


Lafaz cerai itu dilakukan Safee dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Nazib Johari.


Peguam kepada Sabrina, Izura Nashuha Abdul Hadi berkata, dalam prosiding itu, pasangan tersebut bercerai secara baik dan semua isu berhubung tuntutan perkara-perkara lain juga diselesaikan mengikut persetujuan bersama.


Katanya, hak penjagaan dua anak perempuan mereka iaitu Nur Syasya Sofirna, 2, dan Nur Syaza Syaqina, 4, diberikan kepada Sabrina untuk dipelihara di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.


Sabrina yang hadir di mahkamah dengan bertudung merah dan berbaju kurung corak bunga ketika ditemui berharap tiada lagi spekulasi berkenaan hubungannya dengan Safee memandangkan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung krisis rumah tangga mereka sebelum ini.


"Saya berharap tiada lagi spekulasi diperkatakan kerana saya sendiri bersama keluarga tidak pernah membuat sebarang kenyataan," katanya.


sumber: Kosmo Online


p/s: Apa ka spekulasi yang dikatakan oleh Sabrina itu, sia pun tia tau biarlah ia menjadi satu misteri kalau dibagitau nanti ada lagi cerita yang lain. Bagaimana prestasi  Safee selepas ini? Adakah ianya akan menurun atau sebaliknya. Tunggu dan lihat sajalah mungkin tidak lama lagi akan ada pengganti yang baru di dalam hidup dia.

Sunday, April 1, 2012

THIEVES TARGET TELIBONG WATER PLANT?


THE water treatment plant in Telibong in Tamparuli, near here, the latest victim of electric cable theft-its operation was affected Thursday afternoon after thieves chopped off and stole the electric cable in the substation that supplied power to the plant.

Sabah Electricity Sdn Bhd Managing Director Haji Abd Razak Sallim said the incident might have happened at 2.30pm and their investigation showed the electrical equipment inside the substation involved were badly damaged and needed immediate replacement.

The total loss is estimated to be nearly RM100,000, because it involved the substation specifically meant to supply power to the water treatment plant, he said, adding the damaged equipment was replaced the same day.

Abd Razak said SESB is intensifying its monitoring and patrolling at such installations.

Since September 2009, there were 41 cases recorded by SESB related to encroachment into substations, including electric cable thefts and diesel fuel smuggling.

He said there were 18 cases recorded during the SESB financial year 2009/2010, while for the financial year 2010/2011, 16 cases.

In between September last year and February last month, seven cases were recorded throughout Sabah and Labuan. 


p/s: Begini la kalau orang sudah terdesak. Tiada kerja pigi mencuri saja kerja diorang. Nasib lah kamurang tidak kena karan.

NONG POY "THE MOST BEAUTIFUL LADY BOY FROM THAILAND"

Nah dari tajuk dia saja pun mungkin ramai sudah yang tahu. Nong Poy atau nama asal dia Nong Poy adalah Tracheeda dilahirkan sebagai seorang lelaki tulen tapi dia merasakan berada pada tubuh yang salah. Tengok kemaluan lelaki dia sendiri pun dia berasa jijik. Sehingga la dia berumur 17 tahun dia telah membuat pembedahan menukar status jantinanya dari lelaki pigi perempuan punya tutt... Nong Poy akui memang terasa peritnya ketika proses penukaran itu tetapi setelah selesai semuanya dia berasa puas dan bahagia dengan tubuh yang baru. Pernah menjadi juara di pertandingan Miss Tiffany pada 2004 dan Miss International Queen juga tahun 2004. Sekarang dia merupakan salah satu selibriti yang terkenal di Thailand sebagai seorang penyanyi, pelakon dan bintang iklan. Apapun ini ada lah jalan kehidupan yang telah dipilih oleh Nong Poy. Mo tengok gambar si Nong Poy ni bah tengoklah ada di bawah. Mo tengok lebih cari di Google.