Tuesday, April 3, 2012

Safee Sali ceraikan Sabrina


WAJAH Sabrina dan Safee selepas selesai prosiding perceraian mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Pemain bola sepak termahal negara, Safee Sali yang ketika ini mewakili kelab Pelita Jaya FC di Indonesia sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.


Lafaz cerai itu dilakukan Safee dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Nazib Johari.


Peguam kepada Sabrina, Izura Nashuha Abdul Hadi berkata, dalam prosiding itu, pasangan tersebut bercerai secara baik dan semua isu berhubung tuntutan perkara-perkara lain juga diselesaikan mengikut persetujuan bersama.


Katanya, hak penjagaan dua anak perempuan mereka iaitu Nur Syasya Sofirna, 2, dan Nur Syaza Syaqina, 4, diberikan kepada Sabrina untuk dipelihara di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.


Sabrina yang hadir di mahkamah dengan bertudung merah dan berbaju kurung corak bunga ketika ditemui berharap tiada lagi spekulasi berkenaan hubungannya dengan Safee memandangkan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung krisis rumah tangga mereka sebelum ini.


"Saya berharap tiada lagi spekulasi diperkatakan kerana saya sendiri bersama keluarga tidak pernah membuat sebarang kenyataan," katanya.


sumber: Kosmo Online


p/s: Apa ka spekulasi yang dikatakan oleh Sabrina itu, sia pun tia tau biarlah ia menjadi satu misteri kalau dibagitau nanti ada lagi cerita yang lain. Bagaimana prestasi  Safee selepas ini? Adakah ianya akan menurun atau sebaliknya. Tunggu dan lihat sajalah mungkin tidak lama lagi akan ada pengganti yang baru di dalam hidup dia.

No comments:

Post a Comment