Monday, April 16, 2012

Sumbangan Bantuan Makanan di Sabah



PENDUDUK miskin dari 20 kampung luar bandar di Sabah akan mendapat bantuan 50,000 paket makanan istimewa yang disediakan petugas Murphy Oil Malaysia melalui program membasmi kelaparan dan kemiskinan.
Penerimanya termasuk mereka yang tinggal di Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kudat, Tuaran, Tamparuli dan Nabawan, kata syarikat itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Baru-baru ini, kira-kira 100 petugas syarikat berkenaan dan anggota keluarga mereka membungkus makanan berasaskan bijirin yang dinyahhidratkan, dengan setiap paket mengandungi enam hidangan terdiri daripada beras putih panjang, tepung soya, sayur-sayuran campur, dan 21 vitamin serta bahan mineral perlu. Hidangan yang dinyahhidrat itu mempunyai tempoh hayat tiga tahun.
Syarikat itu berkata inisiatif tersebut dilaksanakan melalui Food For The Hungry International, Sabah, Malaysia (FHI Malaysia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang melaksanakan program untuk kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.
Naib Presiden Murphy Oil Malaysia John James berkata syarikat itu menganjurkan kegiatan kesukarelaan sebagai cara "untuk meningkatkan kualiti hidup dengan memberi khidmat kepada komuniti tempat tinggal kita." (Bernama)

No comments:

Post a Comment