BEIJING 9 Sept - Seorang lelaki yang menghidap HIV/AIDS, memfailkan saman diskriminasi terhadap pihak berkuasa tempatan hari ini kerana enggan mengambilnya sebagai guru sekolah rendah.
Jika kesnya diterima oleh mahkamah, maka ia merupakan tuntutan kedua kes diskriminasi di negara China, di mana orang-orang yang dijangkiti HIV/AIDS sering didiskriminasikan walaupun sikap terbuka semakin meningkat.
Plaintif yang berusia 27 tahun itu dan dikenali sebagai Xiao Hai memaklumkan media AFP bahawa dia lulus dalam ujian dan temubual untuk pekerjaannya di barat daya wilayah Guizhou pada April lalu tetapi ditolak permohonan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Mereka memaklumkan yang permohonan saya tidak diterima kerana didapati keputusan ujian kesihatan menunjukkan positif bagi HIV/AIDS.” katanya.
Tambahnya, Xiao Hai telah memfailkan tuntutan mahkamah semalam terhadap pihak berkuasa sumber manusia di wilayah Sandu Shui. – AFP
sumber: Utusan Online
p.s: Ini kes berlaku di China, macamana pula kalau ia berlaku di Malaysia. Adakah orang itu akan diterima? Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment