Kematian mengejut Amy Winehouse penyanyi yang terkenal dengan lagu Rehab telah meninggal duia pada 23 Julai 2011 pada umur yang masih muda 27 tahun. Punca kematian masih dalam siasatan dan keputusan autopsi tidak dapat menentukan punca sebenar kematiannya dan kini polis telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menunggu keputusan ujian toksilogi dijangka dalam masa 2 hingga 4 minggu.
Banyak laporan mengatakan Amy telah mengambil kokain, ketamin dan ectasy sebelum kematiannya tetapi dinafikan oleh pihak keluarganya. Polis juga mengesahkan tiada bukti peninggalan atau penggunaan dadah di rumah Amy.
Amy ditemui mati di rumahnya ketika pengawal keselamatan Andrew Morris ingin mengejutkan dia dari tidur pada jam 4.00 petang. Dia berkeseorangan pada ketika itu dan pada ketika ini tiada seorang pun yang tahu punca kematiannya.
No comments:
Post a Comment