Pemain tengah Korea Selatan Park Ji-sung menyertai Queens Park Rangers dari Manchester United dengan kontrak selama dua tahun.
“Ini pembelian yang amat baik bagi QPR,” kata pengurus
pasukan Mark Hughes, yang juga bekas pemain United kepada laman web
kelab itu (www.qpr.co.uk), semalam. Kelab itu tidak mendedahkan bayaran
mendapatkan pemain berusia 31 tahun itu yang menyatakan dia berhasrat
membantu membawa kelab itu ke tahap baru. Bagaimanapun laporan media
menyatakan ia membabitkan 5 juta pound. (RM24.7 juta)
“Dia pemain utama Manchester United dan memainkan peranan
besar dalam kejayaan pasukan itu sejak menyertainya dari PSV Eindhoven
pada 2005. Dia sering dipilih untuk perlawanan besar kerana mereka boleh
berharap kepadanya dan kita akan memperoleh semua kualiti itu,” kata
Hughes.
Pengerusi QPR Tan Sri Dr Tony Fernandes pula berkata:
“Saya sentiasa mengimpikan yang terbaik. Apa yang bermula sebagai idea
kecil kini menjadi kenyataan.” Park adalah pemain United kedua menyertai
QPR bulan ini selepas pertahanan Fabio Da Silva yang menyertai pasukan
berkenaan secara pinjaman selama semusim. - Reuters
sumber: Berita Harian
p/s: Woah Park Ji Sung merupakan salah satu pemain yang saya minat. Suka tengok cara dia bermain. Goodluck Park.
p/s: Woah Park Ji Sung merupakan salah satu pemain yang saya minat. Suka tengok cara dia bermain. Goodluck Park.
No comments:
Post a Comment