Wednesday, September 22, 2010

Paris Hilton tersadai di Narita, disoal siasat imigresen

NARITA: Pihak berkuasa Jepun terus menyekat selebriti terkenal, Paris Hilton daripada melepasi Lapangan Terbang Antarabangsa Narita buat hari kedua, hari ini sama ada membenarkan memasuki negara itu kerana dikaitkan dengan kesalahan dadah.

Selebriti berusia 29 tahun yang didapati bersalah di Las Vegas, ditahan imigresen Jepun sebaik tiba di lapangan terbang itu, semalam, sehari selepas mengakui bersalah kerana memiliki dadah. Hilton bermalam di hotel lapangan terbang itu selepas disoal siasat pegawai keselamatan Jepun. Dia dijadual mengadakan sidang akhbar di Tokyo hari ini bagi mempromosikan fesyen dan barangan kosmetik, tapi dibatalkan.

“Kami menyoal siasatnya semalam dan sekali lagi hari ini.
Kami akan teruskan proses imigresen untuk menantukan dia boleh memasuki negara ini atau tidak," kata seorang pegawai imigresen di Narita.

Beliau enggan memberi sebab kelewatan itu, tetapi mengikut undang-undang Jepun, imigresen mempunyai kuasa untuk menafikan kemasukan mereka yang didapati bersalah kerana dadah.
Tokyo adalah negara pertama dilawati Hilton dalam Jelajah Asia dan dijadual melawat Kuala Lumpur dan membuka sebuah rangkaian kedai di Jakarta.

sumber: http://www.bharian.com.my

Lawak la Paris H, menyusahkan diri sendiri kan sudah kena tahan lagi gara-gara kes dadah. Sekarang orang tak kisah ko artis popular ka, orang besar ka undang-undang tetap ada. If you did it once then people will suspect you more or forever. So don't play2 with drugs.

No comments:

Post a Comment