Sunday, May 23, 2010

Sharir Juara AF8

Ya akhirnya juara AF8 diketahui semalam yang telah dimenangi oleh Sharir pelajar yang telah diundi masuk dengan menyampaikan lagu baru Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan lagu Biru Mata Hitamku (Wings). Adira pula saya punya favorite cuma berpuas hati dengan kedudukan tempat kedua dengan lagu barunya Ku Ada Kamu dan lagu Tiru Macam Saya (Sheila Majid). Tempat ketiga, Daus dengan lagu Doktor Pakar Cinta (Yusri KRU) dan lagu baru, Kenapa.Maulana yang mempunyai ton suara yang lantang berada di tempat keempat dengan lagu Susun Silang Kata dari Aizat dan lagu baru RSVP. Manakala tempat kelima, Iwan yang menyampaikan lagu baru, VIP dan lagu dari Spider, Relaku Pujuk.

Adeh sangkaanku meleset pikirkan Adira boleh jadi juara. Apapun tahniah kepada Sharir kerana telah menunjukkan usaha gigihnya sehingga dia bergelar juara AF8. Hopefully ini bukan la satu pengakhiran buat para pelajar-pelajar AF8 biarlah mereka jadikan Akademi Fantasia ini sebagai platform bagi mereka memulakan karier mereka sebagai seorang artis.

No comments:

Post a Comment